memiliki barang memang senang kalau ada duit. tapi, menjaganya yang susah, apalagi kalau barang yang dapat di dapati dengan mudah. minta, dapat. minta, dapat. kalau nak barang tapi kena
perah dulu peluh di badan, menitik air mata terakhir, longgar urat sendi mencari duit baru dapat barang, retilah gerangan nak menjaga barang.
aku selalu juga mengidam barang yang berlebihan, yang berharga mahal. tapi selalunya aku hanya mengidamkan, jarang sangat yang aku betul2 beli. kalau pun ada
pasti barang tersebut sangat aku perlukan. kalau sekadar mahu mengikuti trend, tak mungkin aku beli.
selalu juga aku tak tahan melihat handbeg atau beg galas yang cantik2. ni perangai tokki aku suka kumpul beg. dan selalu juga, beg yang ada masih bagus tapi sebab nafsu menggebu dan ada duit di tangan, maka, bertukarlah posisi duit dan beg yang dijual antara aku dan si penjual :p ahahaa.
tapi hal itu selalu berlaku kalau aku tengok beg saja. kasut sangat jarang. aku akan pakai kasut nan satu sampai hancur, putus atau koyak baru aku akan ganti. tapi, aku tak betah kalau cuma ada satu kasut, biasanya mesti ada satu kasut, satu selipar. pemakaian di sesuaikan dengan tempat. tak de lah nak pergi kedai runcit pun pakai kasut.
oh. kalau baju pun jarang kecuali memang baju yang aku jumpa tu benar2 rugi kalau tak beli. hehee. last year punya raya aku tak beli baju raya. sebab baju raya dulu masih bagus. dan baju masa aku form 1 dulu pun masih ada yang aku pakai sampai sekarang.
ini bukan nak cerita pasal peribadi tapi nak cerita pasal menjaga barang. kalau barang yang kecil pun kita tak pandai jaga, apalagilah barang yang lebih besar.
barang sendiri pun kita harus jaga, barang orang pun kita harus jaga. ada orang pernah cerita kat aku, dia ada saudara yang suka sangat
'songlap' barang kalau datang rumah, contohnya majalah, tudung, buku2 atau apa sajalah. bukan barang2 berharga pun tapi perbuatan tu menurut aku sangat tak baik.
kalau nak pinjam mintalah izin, jangan main ambil saja.

mungkin bila kita pergi rumah orang tengok banyak sangat buku, kita ingat dia tak pakai buku2 tu. epsss, jangan salah, rumah orang yang banyak buku lah tanda dia sayang akan buku2nya. kalau dia koleksi majalahnya, kita songlap satu kan kita dah merosak koleksi majalah dia.
begitu juga jika kita
'tukang pinjam' barang orang. kita dah pinjam, jagalah elok2.
kembalikan seperti mana kita pinjam. kita harus ada rasa tangungjawab yang sangat tinggi atas barang tersebut. sebab jika kita buat busuk sekali ketika pinjam barang orang, ingatlah, orang tak akan percaya lagi untuk bagi kita pinjam.
aku membebel ini bukan apa, sebab aku nampak banyak hal2 begini berlaku, orang tak ambil berat. mereka ingat ini hal biasa.
ingatlah, hal yang biasa bagi kita tak semestinya biasa juga bagi orang lain. begitulah sebaliknya.
jagalah hubungan antara manusia.