alasan!

bawang putih, bawang merah, bawang besar, bawang kecil, bawang bombay, dan macam2 lagi jenis bawang. aku dengar org kata bawnag boleh menyedapkan masakan, akan ada rasa manis2 gitu. mmg betol, wlw aku tak pakar masak at least aku tahu juga.

aku ada seorang adik yg mmg anti-bawang. semua ahli rumah dah maklum akan hal itu, kalau mak aku nak masak, mak akan tumbuk bawang tu halus2 sampai tak nampak, sebab kalau nampak mmg dia tak nak makan. adik ku nama nya abot.

dulu (sewaktu abot kecik) aku dah pernah tanya perihal kebenciannya kpd bawang, jawabannya "tak sedap"

td sekali lagi aku menanyakan perihal kebenciannya kpd bawang, sebab kebetulan sardin yg kami makan 'dihiasi' hirisan bawang.

jawab abot, "tatak pernah dengar tak hadis --Barangsiapa makan bawang putih atau bawang merah maka janganlah mendekati masjid, kerana malaikat terganggu-- haaa, nabi pon tak suka bawang sampai tak boleh dekat masjid, astagfirullah! takkan lah kita nak suka apa yg nabi tak suka.."

waaah. aku kagum dengan perubahan jawaban dr abot.

alasan!

ya, kata lecturer subjek mantiq ku, alasan boleh di buat, sama ada utk perkara yg di sukai atau tidak di sukai! semua bergantung selincah mana otak kita berputar. dan yg menentukan alasan itu benar atau tidak adalah hati kecil kita. hati yg paling dalam. tika berbuat sesuatu yg salah, ia akan berdetik.

tik!

kitalah yg menilai.

Inspirasi

kasih kau inspirasiku
kau mengajarku erti kehiduran ini
takkan ku lupakan nasihatmu
kerna ianya berguna untukku

punya inspirasi hati..? eheem.. ispirasi, sumber ilham, penggugah semangat, idola. dah lama aku nak coret tentang ini tapi, agaknya baru malam ni aku mendapat ilham. mungkin!

ya, aku yakin pasti setiap orang punya sumber inspirasi yg mungkin di nobatkan secara terang2an atau sembunyi2. mungkin sumber inspirasi buat belajar, buat kerja, malah tak mustahil buat hidup!

yang tidak dapat di mungkiri adalah meletakkan junjungan mulia, rasulullah saw sebagai sumber inspirasi hidup kita kerana baginda rasulullah punya akhlak semulia al quran, budi yg baik, pekerti yg luhur dan maksum dari dosa. pasti!


namun, tidak salah jika ada yg lain. walau tiada manusia yg sempurna, namun seorang manusia pasti mpunyai sisi kebaikan yg dapat di ambil, di jadikan contoh dan sumber inspirasi.

dalam hidupku banyak orang yg telah aku nobatkan sebagai sumber inspirasi ku. dan orang2 ini sungguh sgt mempengaruhi hidup ku. salah seorang nya adalah nenek sebelah abuya ku, yg aku panggil uwan. saat aku menulis ni aku baru saja pulang dr bertemu uwan. cuma dua hari.

dua hari yg menurut aku penuh proses pembelajaran. menurut uwan aku dah memasuki tahap boleh berfikir tentang masa depan dan tangungjawab. terima kasih uwan sebab memberikan rasa percaya itu kepada ku. rasa percaya uwan tu membuatkan aku lebih semangat utk menjalankan hidup dengan penuh percaya diri.

tak panjang kisah uwan kerana kalau aku lanjutkan, terlalu panjang. ceritanya akan aku tulis berperingkat.

satu bahagian dr pertemuan kami, uwan telah mengenalkan aku pada sumber inspirasi baru.

orang nya tak jauh sebenarnya dari hidup aku. tapi kami jauh kerana kondisi dan situasi. dia sering berada di fikiran ku. aku juga yakin, dia paling sedikit pasti pernah memikirkan aku. dulu, persepsi aku terhadapnya jauh berbeza dengan saat ini. sungguh 180 darjah bezanya. kerana aku tidak tahu tentang dia.

penasaran..?

tunggu...


jom kongsi cerita tentang sumber inspirasi kamu! sy ingin tahu :)

setitis sahaja

Tiada apa yang dapat aku dambakan
Melainkan rahmat kasih-Mu Yang Maha Esa
Hanya kau saja yang mengetahui isi hatiku
Aku insan lemah tiada daya melainkan-Mu jua

Akulah hamba yang sering lupa akan kasih-Mu Ya Illahi
Aku mengembara merantau jauh
Mencari setitis rahmat-Mu Illahi
Hanya pada-Mu kuserahkan jiwa dan nurani

Apunkan aku wahai tuhanku Yang Maha Pengasih
Terimalah taubatku menjadikan aku hamba-Mu yang sholeh
Ya Illahi..
ni lirik lagu yg sedang bkumandang dlm blog ni, maaf jika anda semua terganggu dengan lagu tersebut.

lagu ni menggambarkan diri ku, sgt mengena.

dlm entry2 sebelum ni pun dah byk kali aku bercerita tentang hati yang tak akan puas (hati tempayan) milik anak manusia.

apa lah yg harus di kejar dalam hidup. mahu harta? mahu anak? mahu isteri? mahu cinta? mahu apa lagi..? berusahalah dan kita akan dapat.

tapi ada sesuatu yang tak mungkin di dapati dengan sekadar berusaha.

perlu doa.

perlu tawakkal.

dan yg paling penting perlu BELAS KASIHAN ALLAH KPD KITA!

iya, itulah RAHMAT Allah.

jadi semua orang boleh mengatakan sesuatu kepada aku. boleh memuji, boleh mengkritik, boleh marah, boleh cinta dan boleh segalanya. kerana aku tahu aku tak akan mampu melawan kehendak anak manusia.

tapi aku tak pernah PUTUS ASA meyakini bahwa Allah sgt memahami isi hati ku kerana sungguh, DIA lah yg menciptakan hati ini.

terima kasih Allah atas pemberian HATI yg luar biasa, yang kadang ia lembut dan kadang ia keras!

terima kasih juga atas pemberian HUJAN yg mengaburkan titisan air mata ini.

terima kasih Allah! i LOVE u...


merantau jauh

beberapa hari yg kering idea untuk menulis apa dan apa. idea di sini (malaysia) tak selaju di indonesia, ahahak. knp ya..?

apakah kerana ku cinta indonesia..? iya! ku cinta indonesia MySpace. tapi walau hujan emas di negeri orang, tetap baik di negeri sendiri. aku cuma merasa hidup tak seconfident sewaktu aku di indonesia. hmm, mungkin krn lama di sana dan cm pulang cuti sebentar di sini, dan di sini juga aku tak banyak out-door activity yg melibatkan antara aku dan banyak org.

semakin lama, aku merasa banyak tidak tahu sesuatu. kini, berada di tahun akhir universiti, pertanyaan yg sering di ajukan kpd ku adalah: lps habis belajar ni nak buat apa..? dan boleh di katakan tiap orang yg btemu ku akan btanyakan hal tersebut.

kadang, bingung juga menjawabnya MySpace.

apa ya!

aku punya satu impian yg besar namun sukar ku ceritakan.

--- habis ---

sebenarnya kerja makan gaji juga boleh. kerja sendiri juga boleh. ya, mungkin kalau makan gaji aku akan menjadi seorang pendidik. kalau kerja sendiri juga mungkin seorang pendidik, atau mungkin meningkatkan bisnes solehah2u ku yg masih sgt hijau (1st try yg 50% membanggakan 50% mgecewakan), boleh jadi juga seribu satu macam hal sendiri yg boleh aku usahakan.

oh ya! atau mungkin setelah habis degree ini aku hanya akan menyambung lagi pelajaran ku. merantau jauh lagi.

--- belum ada jawaban --- MySpace

ok, utk mood kering idea mari melayan perbuatan melayan tag.

TANDA-TANDA:

1. TANDA2 KAMU BAD MOOD.
- diam MySpace

2. TANDA2 KAMU MARAH.
- diam

3. TANDA2 KAMU SINTING.
- nak pergi tempat lain, akan naik bas ke tempat lain (sering berlaku!)

4. TANDA2 KAMU MALU.
- angkat muka, dan buat muka macam tak pernah ada apa2 yg berlaku MySpace

5. TANDA2 KAMU SEDANG CEMBURU.
- merendah diri atau kalau lbh x-tream, akan menghina diri sendiri, hahaa MySpace

6. TANDA2 KAMU SEDANG SEDIH.
- dlm toilet lama, sebab boleh nagis org tak tau

7. TANDA2 KAMU TENGAH GUMBIRA.
- boleh layan semua org


APA?

1. APA WARNA BAJU YANG KAMU PAKAI SEKARANG?
- pink

2. APAKAH KAMU TERMASUK ORANG YANG SUKA SHOPPING?
- suka kalau ada duit, ahahaa MySpace

3. APAKAH KAMU PERCAYA LOVE AT FIRST SIGHT?
- yup ;)

4. APAKAH YANG INGIN KAMU LAKUKAN SEKARANG?
- berfikir utk jwb soalan ni

5. APAKAH RASA DI HATI KAMU SAAT INI?
- kelat.


BILA

1. BILA PERTAMA KALI KAMU DILAHIRKAN KE DUNIA?
- 14 januari 1986, soalan ni lawak MySpace

2. BILA SAAT TERINDAH DALAM HIDUPMU?
- banyak, kerana tiap kenangan mmg indah
MySpace

3. BILA KALI TERAKHIR DIMARAHI IBUBAPA?
- tak mahu ingat lagi!


4. BILA KALI TERAKHIR EHEM EHEM EHEM?
- apa ehem3 tu. tak paham!

5. BILA KAMU AKAN MARRIED?
- mana nak tau. tapi nak ASAP


BAGAIMANA

1. BAGAIMANA JIKA ADA ORANG YANG BUAT KAMU SAKIT HATI?
- buat tak tahu


2. BAGAIMANA KALAU ADA ORANG CAKAP KAMU LAWA / HENSEM?
- senyum MySpace


3. BAGAIMANA JIKA ADA TEMAN KAMU MENINGGALKAN KAMU?
- tarik la dia balik MySpace

4. BAGAIMANA JIKA ADA ORANG YANG TIDAK SUKA SAMA KAMU?
- buat tak tahu


5. BAGAIMANA KALAU KETIKA KAMU BANGUN, KAMU DIKELILINGI API?
- cari jalan keluar

6. BAGAIMANA JIKA KAMU KESEORANGAN.
- berfikir! MySpace

masak oh masak

wah3, cik hani yg chumels tu telah mengtag sy dengan tag gambar. ahahaa, rasa seronok plak nak buat. tp sebab koleksi gambar sy tak de dlm bbrapa folder (sbb ni bukan pc sy, pc sy kat jakarta, so, sy kira da 6th photo dlm da only one folder tu je la ea. kira aci la kan). ok mari layan gambar masa muda sy.

here's the instruction:
  1. Go to your photos folder in your computer.
  2. Go to the 6th folder of photos.
  3. Go to the 6th picture in that folder.
  4. Put the picture on your blog and describe about it.
  5. Invite six friends to join the challenge.
  6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.

wah3 solehah, penuh perasaan taruk gambar, ahahaa. gambar ni ada sejarahnya. kalau tak salah waktu lps spm kut. abuya sy nak tulis sebuah buku yg berkonsepkan magazine-book, so kami adik beradik, anak beranak pun menjadi modelnya. jadi, ni salah satu gambar yg mana sy telah 'terpaksa' menjadi model. kira2 mcm tgh tgk cermin la ni. ahahaa, tapi ni satu ketika di waktu muda, sekarang dah 'makin muda' ahahaa.

so, gambar yg special utk membuat tag dari hani.

ps to hani: agak2 nya budak2 yg baru balik dr oversea ni mmg akan sering di bebel tentang masak la kut. ahahaa, sebab sy pun mdapatkan hal yg sama hani :D so, mari kuatkan mental!

kalau buleh sy nak tag:
  1. ayong fatahiyyah
  2. ansar
  3. kak eL
  4. kak ayue
  5. nasri
  6. IKB
kalau u'ol ada masa lah, kalau sibuk its ok sebab sy akan terus melawat blog2 anda semua dengan setia. ahahakk.

mawar pink

hari ni buat pertama kalinya aku bertemu seseorang yg hanya aku kenali dlam internet. awalnya hanya teman blogger, dan ketika aku membuka solehah2u, dia memesan telekung untuk di hadiahkan kpd temannya.

pertama kali rancangan pertemuan kami gagal, tapi alhamdulillah allah mengizinkan pertemuan harti ini :)

hari ini juga hari pertama aku keluar naik public transport setelah hampir 3 minggu pulang ke malaysia nan daaaaaamai, ahahaa. sempat pening2 lalat. walau pon kL tak secrowded jakarta, aku tatau kenapa aku rasa lebih selesa di jakarta, ahahaa. benarkah..?!!
dan yg paling istimewa hari ni, si kakak yg aku jumpa kasi hadiah birthday nan jauh sudah berlalu. malu pun ada tp sgt gembira .

kakak yg di maksud adalah kak eL. terima kasih ye kak. hadiahnya sangat sweet rasa macam birthday yg ke-17 plak :D


novel Kapal Haji Dalam Kenangan, surat cinta, mug chumels dan sekuntum mawar pink ;) sweet sgt...

kak eL pasan 1 telekung kat aku yg aku bawak dr jakarta untuk di hadiahkan kpd temannya. tp td masa jumpa aku tujuk lah satu lagi telekung comel warna pink kat kak eL, dan dia jatuh hati. so, kak eL amik dua telekung.

selesai pertemuan, aku berangkat balik ke kL sentral, sms kak eL masuk...
"td cleaner kat sini nampak akak jinjit telekung kecik tu, dia berminat plak, akak rasa dia lebih memerlukan sebab dia tak de telekung nak solat kat ofis. so, akak bg dia. kawan dia nampak, kawan dia pon nak plak, adusss, akak cakap nanti akak order lagi kat awak. padahal diorang semua orang indon boleh beli kat sana tapi diorang susah nak balik sana..."

hati aku tak habis memuji kebaikan kak eL, subahanallah. semoga alLah memurahkan rezeki kak eL dengan rezeki yg halal.

nati nak cerita tentang kisah sekuntum mawar. utk pengetahuan kak eL, akak org pertama ni kasi mawar kat sy, bahagiaaa nya.

cop jd kakak angkat lah :D

laser -->

laser...

dulu waktu sekolah rendah aku selalu dengar budak2 seusia ku main leser. aku pon tak paham, apa menda yg dorang duk main leser tu. tpi akhirnya aku dapat info bahawa laser tu lampu yg boleh tembus pandang..! haaa..?!! biar betol..?

kata kawan aku betol. so, tiap kali aku nampak budak pegang lampu yg kononnya 'leser' tu aku pon takut lah, sebab uhh! bahaya.

akhirnya aku sendiri penah pegang lampu laser tu, aku suluh kat org, tak dak apa pun. ciit, sekian lama tertipu juga akhirnya. timbul plak fakta baru, kata kawan aku lagi, yg tak tembus tu yg murah, kalau mahal boleh tembus.

itu saja cerita pasal lampu laser. tapi seterusnya masih bkaitan dengan laser.

mulut laser. ahahaak :)

tak yah rujuk kamus dewan pun pasti semua orang dah tau erti mulut leser. lebih kurang sama dengan lampu laser td, boleh tembus. tapi, kalau mulut laser, tembusnya ke hati.

selalu kita sakit hati dengan orang yg bermulut leser. silap hari bulan boleh bergaduh.


menurut analisa aku lah, orang yg bermulut leser ni;
dari mata --> otak --> mulut --> hati orang
tapi kalau tak mulut leser;
dari mata --> otak --> hati sendiri --> mulut --> hati orang

haaa, bezanya dari otak tu turun ke hati sendiri dulu, dan di hati tu lah, berlaku proses pencernaan, sama ada perkataan yg nak terkeluar tu layak atau tak utk di 'sembur' kat orang.

ni adalah analisa aku, mungkin salah. tapi biasalah, pengertian sesuatu berbeza dari orang ke orang.

apa pun, mulut dan lidah antara perkara di tubuh manusia yg allah bg satu saja, tapi yg satu lah susah di jaga. pedihnya hirisan lidah lebih pedih dari sembilu bisa.

jadi berhati-hati lah menggunakan lidah kamu, solehah!

hantu stokin

sejak pulang ke malaysia, aku tak banyak aktiviti out-door. boleh di katakan 70% in-door. salah satu yg agak sibuk adalah mengtranslate dan mengedit sebuah buku dr bahasa indonesia ke bahasa malaysia.

tugas sampingan adalah kemas rumah, basuh baju, sidai baju dan blaaa, blaaa, blaaa setelah mendapat arahan terpandu dari mak aku. hahaa.

so, 2 hari belakangan ni aku sebok kemas stor rumah yg kata mak aku nak di jadikan 'pejabat' nya. so, segala macam makhluk non-hidup dalam stor pun di keluarkan lah.

sikit...

sikit...

tiba-tiba...

waaaaahahahaaaaa...

"ada hantu stokin..." pekik aku.

aku jumpa hantu stokin!

--- tamat cerita ---

kisah di pagi hari;

abuya aku nak berangkat kerja, mencari stokin, tiada berjumpa. semua ahli rumah di kerahkan mencari stokin. jumpa!

tapi sorang jumpa lain, sorang lagi jumpa yg lain.

kata abuya "abuya rasa kat umah ni ada hantu stokin lah, tiap kali beli stokin, nak pakai mesti hilang, kalau jumpa pulak mesti lain sebelah.."

sambungnya lagi "dan, hantu stokin ni tak akan hilang walaupon kita pindah rumah. ke mana saja kita pindah dia akan ikut.."

hahaaa... benar! buktinya mana pon rumah, tetap ada kejadian stokin hilang sebelah.

--- cerita tamat ---

maka, pada hari semalam aku telah pon berjaya berjumpa dan menangkap hantu stokin tersebut, langsung ku capai camera utk mengabdikan gambar berharga tersebut.

jeng...


jeng...


jeng...




ku perlihatkan pada abuya dan seisi rumah. apa lagi.

wahahahahahahahahaaaaa, pecah perut semua org ketawa melihat hantu stokin yg tertangkap oleh aku.

yg tambah kelakar tu siap ada bukti lagi, siapa pemilik hantu stokin...

ingin tahu...?


scroll down...







hahaahahahahaaaa, ntah sapa punya kerja gi ikat tompokan stokin tu dengan tag seseorang 'pemilik hantu stokin' tu, hahaa. atas sebab2 keselamatan nama terpaksa di hapuskan. hahaa, sebab kalau tak hapus dan anda baca, hantu stokin tu akan berpindah ke rumah anda pula.

--- tamat misteri hantu stokin ---

soulmate

mungkin banyak kali dah kalian dengar kata2;

allah beri kita dua mata, dua telinga, dua tangan, dua kaki... tapi allah cuma beri kita satu hati... kenapa..? supaya kita mencari satu hati lainnya... kerana allah...

selain satu hati allah juga beri kita satu mulut dan satu 'shield'. tiga perkara yg hanya satu tapi susah di jaga. sebab tu tiga perkara ni harus ada teman. allahu a'lam.

mahu bicara tentang hati dan jiwa sebenarnya.

mungkin banyak yg dah tahu tentang belahan jiwa - soulmate.

masing2 pasti punya soulmate, kalau blm ada, ertinya blm muncul atau mungkin allah sudah hantar 'dia' ke syurga sehingga bertemu nanti di alam syurga insya allah.

bagi yg sudah mengikat ikatan janji setia pernikahan, soulmate nya pastilah pasangan masing2 sehingga begitu kuat utk menerima segala kelemahan dan kelebihan pasangan.

bagi yg belum, boleh jadi soulmate nya sejenis atau berlawanan.



soulmate biasanya;
  • sangat memahami kita
  • senang bersama
  • susah bersama
  • ada 'aura'
  • dekat bau tahi
  • jauh bau bunga
dekat bau tahi, jauh bau bunga
  • apabila dekat, dia tidak segan2 untuk menutupi (menegur) 'bau tahi' (keburukan) kita demi utk kebaikan dan agar tidak di bau (di ketahui) oleh orang lain.
  • apabila jauh, dia tidak ragu2 untuk menjejerkan (membuka) 'bau bunga' (kebaikan) kita utk kebaikan dan agar dapat di bau (di ketahui) oleh orang lain.
soulmate sikap yg luarbiasa kpd pasangannya. sayang, kasih, cinta yg luar biasa. kadang sehingga tidak dapat di cerna oleh pikiran orang lain, betapa indah ukhwah yg terjalin.

cuma...
alangkah lebih baiknya jika ukhwah soulmate itu di hiasi dengan iman dan taqwa. cinta, kasih dan sayang yg membawa ke syurga.

your soulmate..?
my soulmate..?


my facebook quiz result for Who Is Your Soulmate?
My Result:
  • Someone Who is Caring; You belong with someone who is caring and always there for you. They ask you how your day was and show concern for you.

keffiyah

knp lah chanteq sgt mata budak ni

aku ada kesukaan baru.

keffiyah.

biasa nya org melayu panggil kain serban, sebab mmg kebiasaan ia di pakai oleh orang lelaki utk di jadikan serban.

dr info yg aku baca, ada yg panggil keffiyah. ada juga yg panggil ghutrah, juga yashmagh. sebab aku tak penah pegi middle east so aku tatau apa beza dia. sp yg tahu boleh bgtau ok.

kaffiyah juga adalah pakaian ciri khas bangsa palestina! sukanya...


sekarang aku dah ada 2 keffiyah, warna biru dan kuning. yg biru hadiah dr mak cik aku yg pulang dr umrah. yg kuning plak hadiah dr kawan abuya kpd abuya, passing kat mak, passing kat aku dan menjadi milik ku :)

aku sgt suka memakainya.


hikmah

"cuba tgk si anu tu, baik je, pandai buat keje, sopan, kemas. ko ni, dah la selekeh, cakap berterabur, buat keje..? huh! haram tak pandai..."

huhuu, solehah marah kat sapa tu..?

mana ada marah.

cuba bayang kan kalau ada somebody yg melemparkan kata2 di atas kpd kita?

aku rasa...
  • kalau org panas baran, mmg dah lama kena belasah.
  • kalau org penyabar, paling2 pon dia akan menangis atau diam.
  • kalau org 'mulut leser', dia akan lawan balik yg lebih teruk lagi.
  • kalau org hati kering dia akan buat dono saja.
  • kalau org beriman, dia akan istighfar.
kalau kamu..? hehee...

tak kesah yg mana kita tp bagi aku yg peting adalah kita tak boleh jadi orang yg melafaz kan kata2 tersebut kpd orang lain. sebab;
  1. kata2 tu kasar.
  2. kata2 tu menyakitkan hati.
  3. kata2 tu menunjukkan kita ni tak beradab.
  4. dan kata2 tu adalah kata2 yg membanding2 kan antara satu org dengan org lain.


haaa, yg terakhir tu lah yg aku nak cerita sikit.

aku tak berapa suka orang suka membanding2kan antara satu org dengan org lain. dan kalau aku kena mcm tu, hmm, mmg sedih sangat.

sebab bagi aku setiap org ada kelemahana dan kelebihan masing2. so, buat apa nak compare kan antara satu dengan yg lain.

kalau lah mmg kita marah atau tak suka dengan cara seseorang, kita boleh menegur atau mungkin marah tapi tegur atau marahlah pada kesalahan atau kelemahan diri orang tersebut. minta dia memperbaiki apa kesalahan nya.
kalau mmg anda mahu memperlihatkan kepada dia cara atau sikap orang lain yg betul dan lebih baik, tunggu lah situasi mereda atau pada situasi sedang santai. di waktu itu anda boleh menceritakan tentang kebaikan seseorang kpd nya agar boleh di jadikan tauladan olehnya.

insya allah hati manusia akan lembut.

gunalah cara yg lebih berhikmah :)

badan berbau

gambar ni amik dari encik helmi. tak tahan nak tgelak2 bcampur dengan sedih memikirkan perihal anak2 sekarang yg kurang pengetahuan atau mungkin mereka tak tahu langsung.

click gambar utk melihat lebih besar. tapi aku akan re-type balik.

sebelum makan, kita hendaklah.

a. bermain ragbi
b. tidur
c. membaca doa

yg di tandakan adalah A-bermain ragbi

membazir adalah amalan.

a. terpuji
b. syaitan
c. malaikat.

yg di tandakan adalah C-malaikat

apakah sebab yg menyebabkan mandi wajib?

a. buang air besar
b. keluar air mani
c. badan berbau

yg di tandakan adalah C-badan berbau

salah siapa?!!
click juga

adik baru

trip kami; mak, abuya, cik azizah, encik nizam, encik helmi, jannah & aku

semalam aku ikut trip mak dan abuya melawat 'anak2 angkat' dari kalangan org asli pahang. mak ada 3 orang anak angkat dari kalangan org asli, salah ssorang nya bernama khairul naim. dulu aku pergi melawat dia, masih kecil lagi, sekarang dah besar sikit dan dah dapat adik baru. nama adik barunya khairul asli azli.

mak aku bersama wek (sexy one, hehee..)

cerita abuya ku;
10 tahun yg lepas ada 150 orang, orang asli di kawasan tersebut yg sudah di islamkan oleh sekelompok jemaah, tapi akhirnya kerana tiada yg mahu mengambil tahu tentang mereka, semua di kalangan mereka telah murtad dan kembali menganuti anemisme. hanya 2 orang yg kekal islam.


mak bersama anak angkatnya, khairul naim

1 orang yg murtad di putra jaya (lina joy) hangat nya terasa seantero malaysia, tapi apa jadi dengan kaum pendalaman yg sgt perlu perhatian, bimbingan tersebut..?!

aku bersama adik baru kami, hehee :) khairul azli

kata tok batin orang asli tesebut kpd mak aku "puan, nanti jangan sampai tjadi 3T lagi..."

3T = Tebas, Tanam & Tinggal.

balas mak aku "tidak, insya allah, tapi kami akan 3T jugak. Tebas, Tanam & Tadbir..."

ayu dan syafira

ni adalah monthly activity mak dan abuya aku. any one to join..?

nak perhatian..??


kurang kasih sayang?

pernah ke anda rasa kurang kasih sayang? mungkin dari keluarga, kawan2 atau kekasih hati? hehee. sebenarnya benda ni tak akan berlaku jika kita pandai bersyukur dengan mana2 kasih sayang yg kita dapat. huuu, tp ye lah, bukan senang melakukannya seperti senangnya melafazkan.

sebab apa ramai orang kurang kasih sayang?
  • orang terdekatnya sibuk. tidak ada waktu utk memperhatikannya.
  • orang terdekatnya jenis tak pandai mengekspresikan kasih sayangnya.
  • jauh dari orang terdekat.
  • tidak ada 'aura'.
  • tidak ada chemistry.
bagaimana memancing kasih sayang orang?
  • berbicara dengan sopan, lembut dan bhati2.
  • tidak sombong, bongkak dan blagak dengan apa yg kita ada.
  • menghargai pemberian orang.
  • sering memberi.
  • jangan merendahkan kekurangan seseorang di hadapan org lain.
  • mengalah.
ciri2 org yg kurang kasih sayang...
  • sentiasa mencari2 perhatian pihak lain.
  • memperlihatkan keperhatinan / rasa sayang / rindunya.
  • sentiasa inginkan sentuhan dan belaian.
  • akan memancing2 orang supaya melafazkan kata2 sayang, rindu atau cinta kpd nya.
  • mudah merajuk atau cemburu jika ada org lain bersaing dengannya.
  • akan menjadi seorang yg sgt lembut atau penurut atau sebalik nya (sgt kasar dan menunjuk perasaan).
hahaa. adakah posting aku kali ni menggambarkan aku pernah mengalami proses kurang kasih sayang..?

maplay

satu tradisi keluarga aku adalah makan pagi atau petang dekat kedai mamak. aku balik kali ni aku dapat satu istilah baru untuk kedai mamak, yaitu maplay. aku tatau sebab apa maplay. yg penting kedai mamak = maplay! :)

dulu di maplay hanya ada 'abang mamak', para pelanggan, dan segala jenis sesuatu jenis makanan masakan mamak. antara yg unggul adalah teh tarik dan roti canai.

tapi, sekarang...

maplay ada wireless! huh...

canggey betol. cukup dengan hanya order segelas air kosong, kita boleh online semahunya. huhuu. bestnya lah.


kami di maplay :)

you!

i love tagged. hehee. mari menjawab soalan dari cik eva.

rules: use Google image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tag 6 people.

1. I AM...
muslim girl








2. I really want to go to?
korea








3. My Favourite Place?
on cloud






4. My favourite Things?
any freebiez!





5. My Favourite Drink?
any tea








6. My Favourite Food?
laksa







7. My Favourite Colours?
baby pink








8. I Live In?
allah's creation






9. I was born in?
malaysia






10. School, college & uni i attended?
moslem university





11. My Favourite Story?
laskar pelangi









12. My hobby?
processing









13. My ambition?
solehah






14. next tag victim
you! x6

dokter forensik

td aku menjalankan proses mengemas bilik. geledah punya geledah...

maka, terkeluarlah gerombolan 'surat2 cinta' aku zaman muda2 dulu. hahaa.

1998, aku berumur 12, darjah 6. akhbar minda pelajar telah menjadi langganan ku. di bagian belakang akbar tesebut ada ruangan kenalan dan aku telah menyertainya. sengaja! tanpa alasan.

nama: ummu solehah muhammad
alamat: .............................................
tarikh lahir: 14 january 1986
sekolah: sekolah kebangsaan dato' abu bakar baginda
hobi: membaca
cita-cita: dokter forensik


itu lah cuplikan dari ruangan kenalan yg aku sertai. selang bbrapa minggu, gambar dan biodata ringkas ku di terbitkan bersama 19 orang lainnya.

sejak itu...

surat menderu2 datang ke rumah ku, tanpa aku sangka (bercampur gembira) sebab aku rasa mcm femes.

mostly surat yg aku dapat, ingin berkenalan kerana tertarik dengan cita2 aku. hahaaa. awalnya aku rajin membalas surat2 tersebut, tetapi apabila jumlah yg masuk makin meningkat, surat2 tersebut hanya memenuhi kotak.

banyak yg tidak mampu ku balas.

namun, hingga hari ini, semua masih tersimpan...

who care

sebab aku sekarang berada di malaysia maka akan banyaklah cerita dalam blog ni tentang 'culture shock' yg aku alami.

kat indonesia aku penuh dengan jiran2 yg sangat2 care terhadap aku dan rumah ku. kalau aku sidai baju kat luar, pastu hujan, aku plak tak de kat umah, dont worry, sebab baju aku akan di angkat kan oleh jiran2 yg sangat care.

punya lah care sampai aku dah bangun ke belum pagi2 pon dorang amik tau, panas ler aku kan. hehee.

tp semua tu buat aku sedar fungsi jiran yg baik. rupanya aku tak rasa tu sekarang, aku kat malaysia. semalam aku sidai baju punya banyak. waktu nak kuar matahari pacak atas kepala membuat kan aku dengan confident tak pikir banyak untuk keluar.

tengah syok aku kat luar, hujan! dan yg best adalah aku lupa bahwa aku ada sidai baju.

-tiba di rumah-

hwaaawaaa...

hancur berantakan hatiku :(

kalau lah...

kalau lah...

kalaulah...

hmm...

kalau sudah tidak bguna lagi...

who care?!!

kiri...

kan aku dah kata... tak sama...!

kalau kat indonesia nak turun dr public transport, kena cakap "kiri bang.. kiri.."

so, driver tu akan stop dan silakan turun...

kan aku dah kata... tak sama...!

tp kat malaysia, korang ckp macam tu, satu bas tu pandang korang cam org tak betol...

wakakaa...

sorry la, aku lupa lah...

kat public transport malaysia ada loceng! huhuu!

maap kepada apek yg bawak bas...

cikgu~

hari ni, alhamdulillah adalah hari yg k3 aku kat malaysia.

malaysia? ya, walaupon ni tanah air aku, hari pertama sampai, ada sikit culture shock! ehehee. malaysia bagi aku terlalu sepi. tak bising bingit telinga macam indonesia. kalau kat jalan tu ada la bbrapa ketol kereta. sungguh! itu tak pernah blaku kat indonesia.

hari2 di indonesia di hiasai dengan bermacam jenis bunyi yg super duper hebat. hon yg tak ada henti. bunyi2 yg di keluarkan oleh para pedagang kaki lima utk menarim perhatian pembeli menambahkan bingit gegendang telinga.

asap, debu, lecah, lopak air di mana2. sungguh bbeza dengan bersihnya malaysia, rapinya tataan pokok2 di malaysia.

ahh...

membangkitkan rasa kangen pada susahnya hidup di indonesia.

susah itu nikmat.

nikmat yg terasa setelah meninggalkannya :)

cukup~

sebelum aku posting entry ni, aku singgah 7eleven beli air, tengah2 nak bayar, ada sorang budak sekolah ni (darjah 3 kut) duk terintai2 aku dari belakang. pelik jugak aku.

lastly, aku toleh betol2 kat dia, dan menghadiahkan seulas senyuman.

"huuuuu, sy ingat cikgu sy td. macam cikgu sy laa.." katanya.

tergelak aku melihat ekspresi wajahnya yg lega.

so, aku kembali confident utk menjalankan hidup di malaysia sebab aku ada gaya cikgu di malaysia :)