siapalah kita...

hari ni sungguh melelahkan sekali. dari jakarta selatan aku naik ke jakarta utara. oh jakarta yang sungguh panas T_T

dalam perjalanan pulang semula ke jakarta selatan, aku memutuskan untuk naik busway (public transport paling best kat jakarta sebab ada aircond yang kuat) walaupun berdiri ok sikit dari naik duduk naik bus mini, hehee.

alhamdulillah aku dapat posisi yang selesa untuk aku memejamkan mata dalam busway, sementara sampai ke destinasi tujuan yang jauh. tiba2 satu adegan berlaku di depan aku.

ada seorang ibu yang membawa anak perempuan yang masih kecil. aku rasa umurnya lebih kurang 4 atau 5 tahun. sebab satu jer kerusi kosong, ibu tu duduk dan pangku anak dia. elok je dia nak pangku anak dia, budak tu pun mengamuk sakan tak mahu di pangku.

sambil menangis, dia memukul2 ibunya dan mengeluarkan beberapa perkataan "ibu bodoh" "jahatttt" dan apatah lagi aku pun tak paham dia cakap apa. so, semua mata yang ada dalam busway tu pun memandang ke arah mereka. bila budak tu perasan semua orang pandang dia, makin kuatlah tagisan dan mengamuknya.

bila makin kuat budak tu nagis, barulah semua orang sedar yang budak tu nagis sebab makin ramai orang pandang dia, mungkin dia malu. hehee. ibu tadi pun berusaha memujuk anaknya dengan segala cara.

di samping ibu tu ada seorang perempuan pertengahan usia, MENASIHATI ibu tersebut "kalau budak macam ni, biar je, kalau kita pujuk2, nanti dia makin berlemak, lama2 tak dengan cakap" (perbualan sbnr dalam bhsa indonesia, aku dah convert).

sebenarnya aku dah banyak kali juga nampak situasi macam ni. maksud aku, situasi anak kecil mengamuk dan menangis sambil mencaci maki ibunya. dulu, hairan juga aku, macam mana anak kecil tu boleh mendapat idea untuk mencaci maki ibunya.

aku juga pernah lihat ibu yang pandai berlakon di khalayak ramai. bila anak mengamuk atau menangis depan orang, si ibu akan memujuk dengan baik, walaupun anak tetap berkasar. tapi sebaliknya bila di rumah, si anak menangis dan mengamuk, maka si ibu akan memukul dengan di susuli kata2 caci maki juga seperti "haa, ikut sapa ntah, nakal sangat ni. dah besar nak jadi orang jahat ke?" "degil betol budak ni" dan macam2 lagilah.

nah, di sinilah punca masalahnya. anak kecil biasanya terlalu mudah mengikut apa yang dia dengar apalagi dengar dan lihat. jangan kita sangka kita mampu berpura2 di depan orang. kerana apa yang kita buat, akan di tiru oleh anak2. maka berhati2 lah!

p/s: aku dulu kalau merajuk / menangis cuma mengeluarkan kata2 "ye la... siapalah kita... buruk... tak cantik..." hehee ^^

0 komentar: