
tapi kat sini kami di suruh buat praktikal yang berbentuk khidmat bakti (huuu, aku tatau nak bg istilah apa) lebih kurang. so, kena cari satu perkampungan di daerah di indonesia ni pastu buat satu program untuk membantu masyarakat kat situ dalam segala aspek, terutama pendidikan. sebab biasanya kawasan luar bandar di sini sangat minim dalam pendidikan.
so, untuk tugas ini, kami tidak di beri dana apalagi elaun seperti yang student di malaysia selalu dapat kalau buat praktikal. justeru kami kena cari dana sendiri dengan apa cara sekali pun untuk melaksanakan program ni T_T.alhamdulillah, aku dah ada sebuah kumpulan untuk program ni. insya allah yang akan menjalankan tugas mulai 18 julai sampai 19 ogos di sebuah desa yang terletak di tengah pulau jawa, indonesia. desa yang terletak di daerah garut. daerah garut ni terkenal dengan dodol. aku kalau balik ke malaysia, aku beli la banyak2 dodol garut ni kat supermarket. abuya aku suka gila kat dodol garut ni.
ok, berbalik tentang program tadi, setelah melakukan mesyuarat dan perhitungan, kami memerlukan dana yang banyak untuk menjalankan program selama sebulan tu.
kumpulan aku dah mengajukan sebanyak 40 proposal kepada beberapa syarikat besar di sekitar Jakarta untuk meminta sumbangan. setakat ni dari 40 proposal, 16 proposal telah di tolak mentah! ahahahaa (ketawa sedih).
rupanya memang tidak mudah nak mintak duit kat orang. walaupun dengan tujuan yang murni. dan yang ternyata lebih susah adalah mintak duit kat orang yang banyak duit. ahahaha, sebab mereka akan banyak tanya dan banyak pertimbangan. (maap para orang kaya) walaupun aku tahu tak semua macam tu :)
so, sambil menyelam minum air, sambil tulis entry aku pun nak ngtau la, kut2 ada sapa2 yang terbaca entry aku ni berminat nak mengulurkan sumbangan. kalau nak minta proposalnya pun no hal, aku boleh bagi either soft copy or hard copy.
sumbangan syarikat atau individu semua di terima. ni cuma salah satu ikhtiar aku saja. dan aku memang tak mampu nak bagi apa2 kalau korang bg sumbangan. cuma, nanti kita setiap nama penyumbang memang akan kita paparkan di banner. dan insya allah kita akan kirim gambar atau laporan program. lebih lanjut ada dalam proposal.
keterangan lanjut boleh hubungi aku di blog ini atau email (dr_solehah@yahoo.com).
sekian, laporan ^_^
1 komentar:
Salam ziarah. Such a great blog.
View Profile: Rantong™
Post a Comment