masalah 2

masalah yang terjadi dua kali. masalah kad bank, yang membuatkan aku tak dapat tahan untuk menulis entry ini.

masalah:
atm card bank X aku rosak. cucuk2 masuk mesin, dia reject!

penyelesaian 1:
call bank X center di malaysia sampai habis credit aku.

bank X: selamat tengahari. dengan saya **** (aku tak ingat apa nama dia sebut td-tp dia lady) boleh saya tolong?

aku: okey. saya call dari indonesia. atm card saya asik kena reject dari mesin. saya dah try banyak kali dr semalam tetap tak boleh. sebab apa?

bank X: okey, boleh bagi no card.

aku: okey. *********** (sebut no card)

bank X: terimakasih. saya akan buat pengesahan. (pastu dia tanya banyak soalan untuk pastikan aku pemilik akaun tersebut)

aku: (menjawab dengan sangat jujur)

bank X: terimakasih. akaun cik telah aktif, anda boleh keluarkan duit seperti biasa.

aku: hmmm, sy dah try dari semalam tapi tak boleh, bukan sebab akaun sy belum aktif tapi sy rasa kad saya rosak atau apalah yang sy tak tahu kenapa. (nada biasa, tak marah)

bank X: oh, begitu. mungkin cik boleh cuba di beberapa buah bank.

aku: saya dah cuba 3 bank dari semalam tapi tak boleh. sebelum ni pun dah pernah jadi macam ni. ada cara lain tak untuk saya keluarkan duit sy?

aku lagi: sy ada akaun bankX2u tapi dah lama tak aktif kan. so, tak boleh pakai. boleh tak sy re-aktifkan dari sini.

bank X: cik ingat NO PENDAFTARAN WAKTU MULA2 BUKA AKAUN?

aku: tak ingat. tapi no tu tertera di mana? kut2 saya masih simpan.

bank X: NO PENDAFTARAN WAKTU MULA2 BUKA AKAUN.

aku: ye, sy boleh dapatkan no tu kat mana?

bank X: waktu mula2 buka akaun.

aku: *bengang* tak!

bank X: owh, kalau begitu tak boleh, cik kena balik untuk re-aktifkan.

aku: okey. terimakasih.

bank X: sama2. semoga puas dengan layanan kami.

aku: *grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr*

tak puas hati betol aku.

penyelesaian 2:
aku call lagi dengan harapan orang lain angkat.

bank X: selamat tengahari. dengan saya **** (aku tak ingat jugak apa nama dia sebut td-tp dia man) boleh saya tolong?

*perbualan yang terjadi lebih kurang sama dengan yg di atas* sampai...

aku: sy ada akaun bankX2u tapi dah lama tak aktif kan. so, tak boleh pakai. boleh tak sy re-aktifkan dari sini.

bank X: cik ingat NO PENDAFTARAN WAKTU MULA2 BUKA AKAUN?

aku: tak ingat. tapi no tu tertera di mana? kut2 saya masih simpan.

bank X: no tu dapat sewaktu mula2 bukak akaun. tapi kalau tak ada tak pa, saya tolong aktifkan semula akaun bankX2u cik. (beberapa detik) okey, sekarang cik boleh mula register semula dengan username dan pasword yang baru.

aku: *sangat gembira* so, register macam mula2 dulu? pastu dah boleh bukak balik?

bank X: ya.

aku: okey, terima kasih banyak ya.

bank X: sama2. semoga puas dengan layanan kami.

aku: heheee, puas puas.

now alhamdulillah masalah aku dh settle. semua duit dalam bankX aku dah transfer ke BSN. tapi baru boleh amik hari isnin :') walau pun sedikit sedih tapi banyak gembira. sebab waktu masalah ni terjadi pertama kali, aku sampai kena balik malaysia untuk betulkan card.

p/s: betulkan janji allah dalam surah insyirah! sayang allah :)

0 komentar: