ketika hujan turun, aku pun...

novel Ketika Cinta Bertasbih 1

semalam aku gi uruskan permit tinggal adik aku. padahal cuma nak serahkan pasport saja pada bapak yang tolong urus. tapi perjalanannya sungguh menyesakkan dada. itulah indonesia, tempat tak jauh mana pun tapi campur dengan macet (jem) dan cuaca yang mambahang, kena plak dengan pencemaran udara yang dah tahap kronik ni. maka cukup sudah penderitaannya. hehee ^^

waktu pergi, cuaca sangat panas (aduh, neraka bagaimana panasnya T_T) tapi waktu aku nak balik, hujan mencurah2. taqdir menentukan waktu hujan melebat, aku dah sampai kat terminal bus yang berdekatan dengan sebuah mall. jadi, dari aku akan basah dalam bus, baik aku menenangkan keadaan dengan masuk ke dalam mall. lagipun perut pun dah berjoget.

dah makan nasik goreng ngan teh o, aku pun cuci mata lah sementara tunggu hujan reda. tengah jalan, jeng jeng jeng, terlalu plak depan bioskop yang sedang hot dengan filem Ketika Cinta Bertasbih. aku tak niat pon nak tengok sebab aku tau mesti tengah penuh sebab baru kuar, macam filem Ayat Ayat Cinta dulu. tapi sebab ternampak plak org yang tengah beli tiket tak ramai, aku pun gatai la try2 bertanya.

hehee, rezki jangan di tolak. masih ada tempat free. sementara duit masih cukup, tiket cuma 15.000 rupiah saja (RM5) aku pun beli je.

so, aku dah tengok la filem Ketika Cinta Bertasbih. rupanya filemnya bersambung. akan ada Ketika Cinta Bertasbih 2 nanti. ceritanya aku rasa lebih bagus dari Ayat Ayat Cinta. cerita yang menggugah semangat student2 macam aku ni yang belajar bukan di tanah air sendiri. part2 romantis memang ada tapi lebih banyak part2 yang menceritakan semangat Azzam (watak utama). aku sedikit teruja dengan watak Azzam yang tak cuma belajar di Egypt tapi juga mencari duit demi membantu keluarganya di Indonesia.

so, orang2 malaysia di harap bersabar menanti kehadiran filem Ketika Cinta Bertasbih di malaysia pulak okey. tak tahulah bila akan keluar. bacalah novel dia dulu sebelum tgk filemnya kerana novelnya lebih mantap!

novel Ketika Cinta Bertasbih 2

4 komentar:

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

yang pertama saya dah khatam. tapi yang kedua belom lagi.. mcm mana sambungan ceritanya yer?

tak sabar nak menontonnya.

Ummu Solehah Muhammad said...

kalau cite tak seprias la.. haa.. indon je da kuar.. malays tatau la.. sila tunggu..

Tujuh Kaki Dalam said...

samalah seperti ustaz lotpi.

yang kedua belum baca selepas trajedi "ayat-ayat cinta' versi sendiri punya cerita.

tapi tadi pergi ke kedia buku curi2baca.besok sambung lagi baca.

he he.

Wardah said...

semua tulisan habiburrahman dah baca.walau pun belum nonton filem ketika cinta bertasbih tu, akak pun sokong solehah,memang novel nya lebih mantap dr filem..