kerabat raja!

siapalah manohara? aku sebenarnya tak peduli pun siapa manohara ni tapi sebab dialah hampir semua orang indonesia yang aku jumpa dan tahu aku orang malaysia ingat aku ni kerabat di raja kelantan! hehehee. best jugak kan, ingat senang ke nak di katakan kerabat di raja :)

dulu kat umah aku ni ada tv box (alat untuk tgk tv kat pc) tp sekarang tv box aku dah rosak so, aku memang tak dapat nak follow berita. dan kuranglah kerja jika aku ke cybercafe hanya semata untuk follow cerita si manohara. tapi hari tu kebetulan tertengok si mano ni kat sebuah rancangan tv. dengan wajah yang segar dan ceria dia beraksi.

aku tak tahu cerita dia ini benar atau palsu. cerita yang aku maksudkan adalah, kononnya dia di paksa nikah oleh tengku fakhri (putera sultan kelantan) dan pernah di perkosa dan di siksa secara zahir dan batin. dan macam2 lah lagi ceritanya. aku pun tak hapal. pokok pangkal kebenaran cerita itu hanya allah yang tahu.

aku cakap macam ni bukan sebab aku malaysian dan nak backing tengku fakhri dan kerabat di raja kelantan (oh! maap, saya tak ada kaitan dengan mereka kalau selain kerana mereka juga orang islam) atau aku anti-indonesia (sungguh tidak! aku sayang indonesia sebab ni tempat aku gali ilmu).

bagi aku, hal mereka ni hal dalaman rumah tangga yang tak perlu untuk di gumbar untuk cerita kat orang lain. sangat tidak masuk akal, alasan2 yang dikeluarkan si mano atas tuduhan kpd tengku fakhri. sebabnya, si mano bukanlah orang kelas bawahan! dia merupakan seorang model yang katanya terkenal di indonesia ni. aku yakin dia banyak line yang boleh bantu dia untuk keluar dari jerat si tengku.

dan, kalau dia tak nak kawin, dia boleh tolak, apa hal pulak la dia nak merasa di paksa kawin. bukan ayah atau mak dia yang paksa. haaa, di sinilah terungkap kebusukan. kalau mak si mano ni paksa dia kawin dan dia terpaksa kawin tu logik la kan. kalau mak dia paksa mesti ada sebab. lagipun waktu si mano kawin, katanya umur masih 15 tahun. mano bukanlah golongan hamba yang sedap2 je sapa nak amik, buat jadi isteri.

sekarang, semua peguam tarik diri untuk menghandel kes si mano ni atas alasan, mereka tidak serius!

entah lah. panjang plak aku ulas tentang mereka ni. oklah, entry ni sangat tidak penting ok! aku sekadar nak curhat (curahan hati) saja. sebab sedikit geram. bila aku jawab call kat public transport, then orang dengar aku cakap malaysia, mesti lepas tu mereka akan tanya "orang malaysia ya? kerajaan kelantan ya?"

kakakaah :D

2 komentar:

The Hobbit Frodo said...

Salam ~~ boleh saya amik entry ni? i'll credit ur blog .. hehhe. tp xder royalty lerr .. muhahahhaha. Saya dah link blog anda. TQ

Ummu Solehah Muhammad said...

sila2.. jgn malu2.. ngehh ^^