masalah duit bukanlah pengakhir kehidupan. sekarang aku tengah ada masalah duit. bukan tak da duit. tapi duit tersekat. pedihnya rasa hati. tapi, bila aku fikir rasa hati aku yang pedih ni, pedih lagi apabila melihat orang2 susah yang bersepah2 di sekeliling aku.
aku masih makan, walau sekeping roti atau sepinggan nasi setiap hari. semalam aku dalam angkot (public transport kat jakarta) aku lihat budak kecik mengamen (menyanyi untuk minta duit), budaknya kurus, tak pakai slipar, muka pucat, aku rasa dia dah tak larat nak buat kerja tu, tapi sebab nak makan untuk isi perut hari ini, mahu tak mahu dia terpaksa.
apalah yang hendak aku keluhkan. hmmm T_T
semoga aku tabah!
0 komentar:
Post a Comment