udang di sebalik batu, ulat di sebalik ayam!

td ada cerita meloyakan dr seseorang. semalam dia makan nasi lauk ayam. ayam tu bagian dada. pastu selepas suapan ke 7 atau 8 cam tu, dia pun cubit la ayam tu utk di gaul dlm nasik dan mahu di bawa ke dalam mulut.

elok jer dah tarik daging ayam tu, berteraburlah sekumpulan ulat2 kecil dalam jumlah yg banyak terselit disebalik daging ayam tersebut! *loyanya waktu tulis part ni* apa lagi terkejut katak la kan, pastu dia terus buang dan of course tak sambung makan.

kisah ada ulat atau lalat atau telur lalat atau makhluk asing lain yg tak sepatutnya ada dalam makanan ni dah lama aku dengar. bahkan dari tahun pertama aku duduk di sini. aku belum pernah lagi jumpa ulat dalam makanan, tapi kalau lalat n telur lalat tu dah biasa.

dari rumahku, sampai ke menuju ke jalan besar ada lebih kurang 4 warung yang jual nasik berlauk. dan aku dapat pastikan bahwa ke-empat2 warung ni pernah menghadirkan lauk yang selalunya 'bersahabat' dengan lalat.

sejak akhir2 ni memang selera makan aku berkurang, bukan sebab dah bosan nak makan apa, tp ntah la, mungkin faktor2 kebersihan warung2 tersebut juga kut. dulu, aku dan botet sempat juga mengamalkan masak makanan sendiri. tp selepas membuang belanjawan, rasanya kalau masak sendiri lebih mengguras duit dari beli di warung saja.

tapi nampaknya lepas ni aku kena buat balik program masak sendiri tu. aku rasa lebih baik makan nasik dgn ikan bilis goreng *makan waktu di pondok pasir tumbuh, kelantan* daripada makan nasik dengan ikan tongkol masak sambal tp disebalik sambal ada extra telur lalat.

hmm...

benar2 sebuah perjuangan!

ok, artikel di bawah ni aku dapat melalui email, semoga menjadi iktibar kepada kita semua. aku dah tunjuk gambar ni kpd org dlm cerita di atas. katanya, ulat dalam ayam tu lebih kurang mcm ulat dalam gambar ni...



Ini akibat makan sushi & sashimi (ikan mentah, gurita mentah, udang mentah, dsb). Nama org ini Shota Fujiwara dari Gifuprefecture, Jepun, umur 80 thn, telah menderita sakit kepala yang luar biasa selama 3 tahun dan telah kehilangan kemampuan psikomotoric-nya sejak tahun itu. Setelah menjalani pemeriks aan C T-scan & X-ray, doktor yang merawatnya menemukan sarang ulat di bawah kulit kepalanya namun masih diluar tempurung otaknya.

Jadi, BERHATI-HATILAH MEMAKAN SUSHI & SASHIMI !!!
Ulat seperti yg didapati pada kepala Shota Fujiwara adalah berasal dari parasit yg selalunya didapat pada tubuh ikan mentah baik ikan laut maupun ikan air tawar. Ulat parasit & telurnya hanya boleh dimatikan dgn melalui proses pemasakan dgn panas yang tinggi (digoreng, di panggang atau direbus mendidih atau dgn pembekuan -10 degC s/d -20 degC selama lebih dari 1 minggu).

1 komentar:

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

bueeekkk!! konpem aku kurus lepas neh!