pembantu chef

firstly syukran to kak eL sebab bagi resepi ikan singgang, hehee. sbnrnya mak selalu juga masak ikan singgang tu *resepi org pahang eh?* tp ye lah, anak dara yang rajin ni tak dapat2.

tp alhamdulillah, 1st try yg not bad. urrm, rasanya sangat sedap, mcm ikan singgang mak buat. ahahaa ^__^ naik lift, picit no sendiri. dan betol la kata kak eL, sesuai utk org yg tgh tak berselera makan. siap je ikan singgang tu trus menitik2 air lior tak tahan nak makan :))

tak sabar nak tunggu resepi seterusnya. tomyam. sblm ni dah penah buat tomyam tp dengan bantuan perencah tomyam adabi. kali ni kalau sesiapa yg ada resepi tomyam tanpa pakai perencah, sila bg kat aku. dulu ada kwn dr thailand pernah buat tomyam, tak pakai perencah pun. uiiihh, memang best la rasanya. tp, lagi2 hal yang sama, tak sempat amik resepi :p

pandai memasak ni aku rasa bukan satu keperluan tp satu kemahiran. nak kata perlu, tak perlu pun, sebab banyak alternatif untuk makan selain dari harus masak sendiri. tp aku sedar bahwa pandai masak adalah kemahiran yang perlu ada.

sama hal seperti pandai menjahit, pandai memandu, pandai berucap dan beberapa skill lagi yang perlu ada. itulah yang membezakan kita dengan orang lain. semakin banyak skill yang kita ada, semakin berkualitilah kita.

orang perempuan tak pandai masak mungkin sama dengan orang lelaki tak pandai tukar mentol lampu kut :)) jadi, aku harus menyedari ini dan harus menguasai skill memasak ni. simple tapi sedap, motto abuya aku selalu kasi kat mak aku.

mak memang pandai masak. tup tap tup je dah siap. kalau ada rezki kami buat open house, mak tak pernah mengandalkan tenaga orang lain apa lagi katering untuk tugas masak memasak. semua dia buat sendiri.

hari raya (tak ingat tahun bila) pernah mak menghidangkan menu beehun goreng utk para tetamu. untuk menjaga kesedapan beehun goreng, setiap rombongan tetamu yg datang, setiap itu mak goreng yang baru. haaaa, bayang kan je lah,betapa penatnya aku yg bertugas sebagai pembantu chef menumbuk ikan bilis, bawang dan lada. (biasa tp aku tak penah lagi rasa org buat beehun goreng lebih sedap dr mak buat)

tapi, aku boleh tumpang glemer la sebab semua orang puji sedap.

banyak lagi cerita menarik kisah masakan mak ni.

walau tak dapat 100% pandai masak cam mak, 70% pun cukup la kan.

tapi, mak malas buat apa yeeeee..???

ahahahaaa...

jawabannya adalah...


*kena tanya tuan punya badan*

2 komentar:

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

ade2 je lehani..hehhehe tp memg best kalo tau bnyak skill..memg best..skill masak terutamanya..kalo dh kawin..kata org nak bg suami syg kt kn ikat perut dia dgn masakan yg sedap..hehhehe

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

ade2 je lehani..hehhehe tp memg best kalo tau bnyak skill..memg best..skill masak terutamanya..kalo dh kawin..kata org nak bg suami syg kt kn ikat perut dia dgn masakan yg sedap..hehhehe