jual minyak wangi..

menjalinkan hubungan persahabatan memang mudah kalau anda seorang yg peramah. buka mulut dan perkenalkan diri anda. tapi apakah yang susah dalam sebuah hubungan persahabatan?
yang susah adalah menjaganya!

jika anda tidak mampu menjaga hubungan persahabatan dengan baik, lebih baik anda perbaiki dulu diri anda sebelum membina sebuah hubungan persahabatan. jangan bangga dengan jumlah sahabat yang banyak tapi berbanggalah dengan jumlah sahabat yang anda punya, namum semuanya berjalan dengan baik.

sahabat selalunya bukanlah orang yg sedarah daging dengan kita. biasanya kita memperoleh sahabat dari sekolah, kolej, kem, kursus, internet, mungkin ketika sedang melepak di coffee house, atau di mana sajalah. jadi, kerana dia bukan sedarah daging dengan kita, dia merupakan orang asing yang telah masuk ke dalam hidup kita, dan ingat! kita juga telah masuk ke dalam hidup dia.

mungkin sekali kita dan dia mempunyai latar belakang kehidupan yang berbeza. orang tua yang berbeza. tempat asal yang berbeza. jadi, sila jangan samakan rasa yang ada di dalam hati kita dengan rasa yang sama di dalam hati dia.

jika ingin bersahabat, dan mengekalkan hubungan persahabatan itu, anggaplah diri kita adalah dia. mungkin sulit. iya sangat sulit. sesulit menjaga hubungan itu.


terima kasih kpd yang sudi menjadi sahabatku ^__^ semoga aku bisa mengerti kamu! semoga aku adalah si penjual minyak wangi yang akan menebarkan bau wangiku kepada diri kamu...

4 komentar:

bunga cinta lestari said...

akak ingat kan soleha betul2 nk jual myk wangi ...xcited bangat bila nk bukak...heheh...

Emblem of Purity said...

tau tak kak el nak cakap apa? off topic ok. terserlah wajah anda berdua yang bersih :-)

Ummu Solehah Muhammad said...

BCL> heheee..

kak el> eh, kak el tak telek dekat2 tu banyak jerawat tau. ehehee :))

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

comel kamu berdua..hmm teringat kata2 yag leha tulis untuk kt dlam buku rindu andalusia..moga aku jg dpt menjadi minyak wangi untukmu sahabat menyemarakkan wangian ini dlm kehidupan mu..amien