aku boleh berbangga dengan pakaian aku sekarang. walaupun kalau ada org tak suka, aku tak peduli. aku sangat suka.
sebab?
peristiwa 15 minit sebelum entry ni di tulis
aku masih dekat library dengan tujuan nak siap kan assignment la apa lagi kan?! so, bila mata pun dah layu, huruf alif pun dan jadi huruf ya, aku pun memutuskan untuk menunaikan solat asar di surau lib dan akan terus menuju ke cyber cafe, hehee ^^
setelah siap berwuduk, aku pun dengan niat terpahat di hati melangkah masuk surau *suasana damai*
angkat takbir, dan seterusnya...
salam...
*merenung jap*
tiba2...
"bweeekk... busuk gile!.." luah sambil buat muka nak muntah oleh sorang student, ambil lihat aku. kat tangan dia pegang telekung.
aku senyum je la kan. nak buat apa lagi.
dia gi cari telekung lain.
"fuuuuh!!! busuk jugak!!! tak de ke telekung yang elok sikit...?" tanya dia seorang diri. dia lihat aku, aku angkat bahu.
akhirnya dia pakai jugak telekung busuk tu untuk solat asar.
*habis*
sebab apa aku bangga? sebab aku tak perlu nak pakai telekung busuk tu. dengan jubah dan 'tudung besar' yang menyerupai telekung, alhamdulillah, masalah telekung busuk tak pernah aku alami kalau harus solat di luar rumah.
entry ni aku harap tidak memancing kemarahan mana2 pihak, kerana aku merasa aku tak salah membanggakan pakaian yang tak salah.
2 komentar:
huuu~
kes macam nie pernah jadik kat kawan saya.. bukan nak kata ape, tapi selalunya telekung kat masjid2 or surau2 kurang bersih.. haih~ kesian kawan saya... hee~ dia kata kalau ade sabun , nak tolong cucikan.. ekekeke~
wahai ukhti.. sama laa kita, tu laa kelebihan pakaian tu kan..? *winkwink..
hee~
Sangat setuju. Kadang-kadang kita cuma tahu komplen je telekung busuk tapi kita sendiri tidak pernah terfikir untuk spare sepasang dan sentiasa bawa di dalam beg.
Post a Comment