aku marah ni!!!!!!

aku marah ni..

marahh..

marahhhhhhhh..

dari dulu aku tak suka org melawat blog pastu tinggalkan komen yang menyakitkan hati! kalau anda merasa anda tak suka dengan blog yang anda saja buka atau tak sengaja buka, anda boleh tutup tanpa perlu menyakiti hati si pemilik blog.

sebab...

si pemilik blog tak invite pun anda apa lagi paksa atau ugut anda untuk membaca blog mereka. apalagi suruh anda terima apa yang mereka tulis.

hal ni tak sama kalau si pemilik blog telah melanggar syariat seperti menghina agama islam, menghina allah, rasulullah, dan apa saja yang bersangkutan dengan islam! ni jangan kata anda nak marah2 atau tinggalkan komen yang membuat si pemilik blog sedar atau insaf, kalau anda nak hack dia pon silakan.

aku benar2 marah ni...

dulu aku ada dapat sorang pengomen tanpa nama ni. duk komen pasal entry aku tentang tudung besar. nak marah apa aku tulis pasal tudung besar? bukan nya aku menghina orang lain. tp ye lah, sebab dia tak meninggalkan jejak selain komennya yang buat aku sedih, aku pun tak kesah sangat. mungkin dia nak uji aku.

tapi kali ni aku sangat marahhhhhhh...

ni blog sahabat aku, namanya marhamah. http://dhuhasakeenah2.blogspot.com/. kalian boleh visit dia punya blog. aku kenal dia waktu akhir form 2 di sekolah menangah agama sungai merab luar, kajang. jadi insya allah, aku kenal siapa dia. dalam blog dia ni dia tulis tentang kehidupannya setelah membina sebuah baitul muslim. tak lama sebelum ni dia telah selamat melahirkan seorang anak perempuan, yang di beri nama TUAN ILHAM. nama asal adalah Ilham, Tuan berasalah dari silsilah keluarga sebelah suami dia. kalau kalian nak tahu lanjut boleh baca blog dia dr A - Z.

baru2 ni ada orang isi komen di cbox dia, berikut 4 komen yang tak sepatutnya:

BLOG NI MCM DIARI JE..XDE ILMIAH LANGSUNG.. SAMPAI CITER DLM KELAMBU PN HAMPIR NK CITER

ORG SKG NI MMG NAME ANAK PELIK2..NAK BEST LA TU... BG LA NME2 ULAMAK KE...KAN BAGUS.. ORG ISMA MMG SUKE CARI GLAMOR KE..

kesian anak awak.. nanti jadi bahan bualan n bahan ejekan kawan2 disekolah.. lbih baik tukar je nme tu..

TUAN ILHAM..? LAKI KE PMPUAN TU..? KOMPIUS2...

1st yang aku nak marah sebab statement dia yg pertama tu. aku rasa lebih dari 50% pengguna blogspot menjadikan blog mereka sebagai open diary. tulis tentang kehidupan, cerita hari2. mungkin ada yang ajak orang lain baca, tapi ada yang tak ajak tapi orang nak baca. ada yang tulis banyak2 orang langsung tak nak baca. macam2 jenis blog lah yang ada.

bab cerita dalam kelambu, aku follow blog ni dari mula2 dia buat blog, aku tak nampak mana hal yang dalam kelambu yang dia cerita! kalau nak ikut, banyak lagi blog yang menceritakan hal yang tak sepatutnya di ceritakan, jangankan cerita, siap isi2 gambar lagi, wlaupon blog tu kelihatan seperti diary biasa.

2nd yang aku nak marah sebab dia cakap orang ISMA suka cari glamor. aku pon tak tahu group isma mana yang dia maksudkan. tp bila search kat google yg aku jumpa
  • Ikatan Siswazah Muslim Malaysia (ISMA)
  • Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
tak kesah la mana2 isma pun tapi kalau salah satu dari 2 ni yang dia maksudkan aku tambah2 marah sebab jelas kedua2 group isma di atas yang ada kat malaysia beratas namakan ISLAM. sebab tu aku marah!

3rd yang aku marah sebab dia sibuk pasal nama Ilham tu. anak kawan aku perempuan, namanya Ilham, so, apa masalahnya?! perempuan nama Firdaus pun ada. tak de masalah pulak. lelaki nama Anis pun ada, lagi lah tak masalah. sebab tu jangan duduk di bawah tempurung! keluarlah! lihat dunia! kenal dengan banyak orang! jadi manusia yang baik!

kalau ada orang taruk nama anak Puteri Merah Agustina Velinda, komennya panjanglah, tak islamic lah, menyusahkan anak lah, kesian anak lah. kalau taruk Ilham saja, pendeklah, bukan nama ulamak lah. kalau taruk Muhammad Harith al Muhasibi, berlagak alimlah, arab celup lah. benarkan??!!

pasti ada saja alasan yang akan di beri kalau hati dah sakit...! ubatilah hati...! dan untuk pengetahuan semua si pengomen tu menggunakan nick name NADI_UMNO.

apasal dia guna nick name nadi umno??!!

tak pasal orang akan kata orang UMNO jahat! bukankah ini merupakan sebuah FITNAH???!!

*semoga si pengomen yang bernama NADI_UMNO terbaca tulisan ini kerana ini memnag aku tulis buat dia*

marahhhhhh....!!!!!

9 komentar:

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

hurmm..memg marah..tp bg kt yg nk cari glamor tu adalah org yag mengeluarkan kata2 tu..cz nak cari publisiti...nak org tumpukan perhatian pada dia..

CakLam said...

Jangan Marah. Marah sifat Mazmumah. Mari suburkan sifat Mahmudah.

Zaidon said...

Salam.. sabar je lah Solehah..

Mohd Nasri Md. Nasir said...

wahhh lme xdtg blog ni..hehe
emonye dia..
sabo jela..open blog mmg xkn terlepas drpd komen2 yg menyakitkan hati..
mungkin bleh dijadikan sebagai iktibar kpd semua...

Ya Habibi said...

haaaiiiyyyaaat!!
meh ramai2 silat si pengomen tu.. ehehe.. takda laa... gurau jek..

erm.. sabo.. sabo ya ukhti.. sabo! doakan saja semoga si pemberi komen tu rasa bersalah dan meminta maaf k..

biarkan jek orang macam tu.. buat taktau dah ler yer..

tarik2 nafas.. hembus nafas.. tarik nafas.. hembus nafas.. tarik nafas... jangan hembus2 lagi.. tahan selama mana anda boleh.. ehehe..

muhammad_alfateh said...

Protes? Saya pun mcm tu juga.
Syoukron for the post. :)

~sudahlah. Kita fokus.

Penduga Arus said...

Salam alayk.. Laa taghdad;) Sabar yaa ukhti...

Tujuh Kaki Dalam said...

biasalak la tu.

manusia yg hatinya ada masalah.

hai hati2 yg ada masalah.

saya jemput anda2 sekalian ke blog Tujuh Kaki Dalam.

lalalalala.

ada berani ka?

Ahliahnizam said...

Assalammualaikum wrt wbt ...

Banyak-banyakkan istighfar. Doakan mereka2 yg buat ukhti marah tu semoga di beri hidayah oleh Allah swt, Insya-Allah