akhirnya dia koma!


meleleh2 air mata aku malam td baca novel Hafalan Solat Delisa. sama sedih waktu tgk cerita King Kong, huuu. sedih betul T_T apa lagi aku sgt dapat merasakan situasi dlam cerita tu, sebab aku punya banyak adik angkat di acheh *korban Tsunami*

Hafalan Solat Delisa merupakan novel kisah nyata yang di tulis oleh Tere-Liye, seorang penulis Indonesia yang sedang naik daun dengan karyakan. penulisan dlam novel ni tak seperti novel lainnya. di beberapa part yang sangat menyentuh hati, disisipkan rintihan doa dari penulis kepada Allah tentang rasa hatinya terhadap apa yang menimpa Delisa *watak utama, anak berumur 6 tahun*

menceritakan kisah ketulusan dan bersihnya hati seorang anak kecil yang sangat gigih menghafal bacaan dalam solat. di hari terakhir delisa akan memperdengarkan hafalan solat yang telah di hafalnya kepada si guru, ombak Tsunami dalam menghentam bandar acheh tanpa permisi! T_T *part ni lah yang buat aku tersedu2*

delisa teringatkan kisah yang pernah di ceritakan oleh ustaznya tentang sahabat nabi yang sangat khusu' solat walau kakinya tertusuk panah, kisah itu menyebabkan delisa begitu khusu' memperdengarkan bacaan solatnya walau ketika itu arus badai Tsunami telah mengheretnya tak tahu ke mana. sehingga akhirnya dia koma!

kalau tak salah novel ni dah ada e-booknya, selamat membaca. tapi kalau nak hard booknya, jangan lupa visit http://solehah2u.blogspot.com ^__^ hehee.

2 komentar:

أسمأ أحمد بهاري said...

baru jumpa novel tu kat kedai buku tadi.. macam nak beli.. tapi tak jadi pulak.. huhu~ nak cari ebook dulu..

Emblem of Purity said...

Delisa cinta Umi kerana Allah. Delisa cinta Abi kerana Allah.

Ayat-ayat ini mampu mengalirkan airmata tanpa henti. Anak kecil yang belum mengerti apa-apa, menerima ketentuan Allah dalam senyuman.