mahu tapi tak perlu

aku dah jarang up-date blog. di samping kekurangan idea, aku juga memang sedang berada di level kosong sekarang. dan sebenarnya sudah agak lama. dan belum mendapat 'penawar' untuk menawarkan kosong tu supaya menjadi paling tidak level satu.

tak apalah, insya allah, badai pasti berlalu. ehehee. banyak juga perkara yang terlewatkan untuk dikongsi dengan rakan bloggers. kadang aku rasa rugi tak menulis, sebab perkara tu akan hilang secara perlahan2 dari ingatan. maafkan aku ya. insya allah, aku akan re-call perlahan2. semoga setiap tulisan di blog ini membawa banyak manfaat.

kali ini aku cuma mahu menulis tentang makan. mendapat sedikit inspirasi setelah berchating dengan adik bungsu yang aku rindui.

selalu rasanya mendengar saran supaya makan on-time. paling tidak 3x sehari. makan pagi, makan tengahari dan makan malam. ye lah, memang satu saran yang bagus dan patut di amalkan. kalau boleh semua orang nak makan on-time dan paling sedikit 3x sehari. tapi bukan semua orang mampu.

beberapa kali aku berurusan dengan teman2 di malaysia, klau tanya psal makan, selalu di jawab "hmm.. tak tahu lah nak makan apa hari ini.. asik menda yg sama jer..". wahh, menurut sy satu jawaban yg luar biasa. maklum lah, sy belum pernah mengalami situasi itu.

sewaktu masih kecil, belum pandai memilih makanan. sudah remaja, duduk di asrama pun makanan sudah di tentukan. kalau pulang ke rumah, hidangan masakan ibu enak tiada tara. setelah menginjak umur dewasa, langsung berhijrah di negara ke-tiga ini, Indonesia! yang taraf kemiskinannya masih berada di level yang tinggi. setiap hari kiri kanan penuh dengan orang yang susah, apalagi nak makan 3x sehari, on-time pula.

kadang, tekak juga marasa loya melihat makanan yang sama setiap hari. apalagi dengan lingkungan menengah ke bawah di sekelilingku, mana ada tempat makan mewah, atau paling tidak sedikit mahal, pengubat loya. tapi itulah hakikat yang mengajar aku mengeri perasaan orang lain.

makan bukan kerana kemahuan tapi kerana keperluan. dan itulah yang seharusnya!

semoga kita dijauhkan dari penyakit yg datang dr kelebihan makan :D

3 komentar: