mak vs aku

dari aku kecik memang suka betol baca horoskop. pastu ustaz aku kata tak baik, sebab macam ramal nasib. haaa, pastu bila ada tren menilai orang dari tarikh lahir, pon aku suka. hasil kajian dr. fadilah kamsah la yg jadi pegangan aku. habis semua orang aku kaji.

huhuuu.

sampai sekarang, pon masih suka, pantang dapat info tentang menilai2 perangai orang ni, haaa, mesti aku kaji punya lah. pertama2 tentang diri aku. so far, banyak yg aku rasa betol. sebab aku rasa benda2 ni adalah satu pengkajian, tak kan lah dorang saja2 je kan. so selagi tak sampai tahap syirik, aku rasa fine sajalah untuk menilai dan merubah sikap buruk kita menjadi baik.

tapi itu pendapat aku. haaaa, sepanjang hidup aku, ni lah kali pertama aku baca penilaian seseorang yg sangat tepat dan jujur. yaitu mak aku! hahaaa, tegolek2 aku mbaca nya. ni mak aku tulis dalam blog dia.


so, semua penjelasan mak aku akan aku jelaskan lagi yea, hehee.
  • Ini adalah seorang gadis yang sgt manja dan ketika usianya dibangku sekolah rendah dia adalah seorang anak yg sering buat abuyanya pening kepala (hahaa, kan aku anak sulung sudah tentulah manja kan..? tp dulu aku ingat lagi, kalau abuya pening, dia akan mintak ubat pening kepala yg namanya parasetamol kat aku, hikhik..)
  • Sering buat helah kalau nak ke sekolah (ni rahsia masa aku kecik tp mak dah bocorkan rahsia ni. aku pon tak tau sebab apa aku rasa sekolah tu tak best, hahaa..)
  • Suka ikut mak dan abuyanya pergi kerja dan sekarang sudah pandai kerja sendiri, mungkinlah agaknya dah dilatih dari kecil jadi orang lasak dan berani (haaa, ni la jawaban utk kemusykilan di atas. aku suka kerja..)
  • Suka makan makanan yg sedap2, ini perangai mak & abuyanya yg sudah sebati dgn dirinya (hahaaa, no komen)
  • Jangan tenking tenking, nanti tarik muka (penting ni...!)
  • Aku, maknya sering marah dan sering dendanya kalau dia buat silap, tu masa kecilnya, sebab nakalnya lebih sikit, anak sulunglah katakan (hikhik, denda paling best adalah solat 20 rakaat kalau aku tinggal solat..!)
  • Tidak pernah simpan dendam, ini keistimewaanya (fiweeeeet..)
  • Kalau dia sakit, selalu mahu berkongsi dgn orang, manjalah tu (heheee, mengada jugak, sakit sikit, bunyi banyak..)
  • Wajah yg fotogenik dan dari kecil sudah jadi model (syaratnya hanya buat muka anda seselamber yg mungkin, haaaa, ada harapan lah tu..)
  • Sering mengalah dan aku harap dia akan meyambung cita citaku iaitu jadi PAKAR QURAN & HADIS (huhuuu, ni buat aku terharu ni..)
yg biru tu yg mak aku tulis. yg merah tu adalah pembetulan dr aku, heheee.

i love u mak.

mari kongsi ngan aku pendapat mak korang terhadap korang..! haaa, aku tau mesti banyak yg malas gi sekolah mcm aku dulu, ngaku cepat!

si bungsu


esok tahun baru, kira2 umur aku dah nak masuk 23, aku anak sulong, adik bungsu aku nak masuk 14 tahun, baru form 2. hari2 kami chatting kat yM sebab sekarang dia tengah cuti sekolah, aku pon cuti jugak. so hari2 doss depan pc la kan.

hari2 terakhir cuti dia selalu hrrmmm tentang dah nak mask sekolah balik. hehee, biasa lah. aku dulu2 pon kalau dah cuti, tym nak masuk sekolah balik tu adoiiii la kan. korang pon same kan? MySpace


apa yg sama antara aku dan adik bungsu aku adalah
  • kami perempuan MySpaceMySpace
  • hanya kami yg lahir kat pahang, yg lain selangor
  • kami cute, hikhik MySpace
  • kami pakai spek
apa yg tak sama antara kami adalah
  • dia sangat kurus, aku 'LAGI KURUS'
  • dia sangat pandai, aku 'LAGI PANDAI'
tu saja. sila paham bagi kalimat yg HURUF BESAR. hahaa MySpace


adik aku yg sorang ni sangat special, selain sebab dia bungsu yg biasanya identik dengan manja, dia seorang yg kuat.

dia dulu tadika cina, semua kawan2 dia non-musleem, dia sorang je yg musleem, tp dia gi tadika pakai tudung. tym break makan, dia tak makan yg teacher dia masak, cuma makan roti atau biskut saja.

dan dia sangat pandai, dia telah pecah kan rekod UPSR yg selama ni aku bangga kan yaitu 4a 1b je hahaa. adik aku dapat 5a MySpace

mak aku penah gi serang cekgu kat sekolah sebab cekgu rotan adik aku MySpace. tp ye la, mana la mak aku tak hangin, dah la anak bongsu kan, pastu adik aku mmg tak salah pon, cekgu tu je yg sedikit sterss kot. aku not sure apa case waktu tu.

sekarang adik aku dah anak dara, dah besar pon, dah form 2. dulu waktu dia kecik2 sebab dia manja aku ingat dia tak akan pandai tolong mak kat dapur. tp rupanya sekarang dia lah yg rajin dan selalu tolong mak aku. aku dan sakinah tak de kat rumah.

sebab apa adik aku cute..? sebab dia ada taik lalat atas bibir dia MySpace, hehee. dulu kecik2 jadi bahan ejekan, tp bila dah besar, jadi bahan penyeri pulak.

orang nya sangat penyayang kpd haiwan, macam mak aku. sebijik!

rindu aku kat dia. semoga akan dapat bertemu nanti :) MySpace

:::::::
:::::
:::
:

nak tau tak, org indonesia panggil bungsu = buntut. si bungsu = si buntut.
issssh, apa la dorang kan MySpace. hahaaa. jgn marah baby MySpace

bani israel

semalam setelah membuat bbrapa rencana pengislahan diri, aku merebahkan diri di atas kasur lasam di kamar kontrakan aku dan adik ku berlindung panas dan hujan. mata sudah mengisyaratkan kejenuhan nya, minta di istirehatkan. tp fikiran masih lagi berputar putir. macam2 yg berlegar.

dr dalam kedengaran suara pembaca berita tengah malam di stesyen tv tempatan, mungkin adik ku tengah menonton.

israel.

palestina.

perang.

gaza.

antara kalimat yg berjaya menerjah gendang telinga. ya, berita yg dah aku dengan pagi kemarin dan bbrapa hari sebelumnya.
  • israel menlancarkan perang ke palestine!
  • bbrapa negara mengecam tindakan zalim israel.
  • bbrapa NGO melakukan aksi demonstrasi membantah tindakan israel.
  • bbrapa negara akan menghantar pasukan dokter dan bantuan ke palestine.
itu lah cuplikan2 berita perang israel-palestine.

teringat suatu ketika pernah anak2 murid aku meminta kepastian kepada aku, tanya mereka ''ustazah, kenapa jews benci dekat islam..? kenapa dorang war dengan islam..?.."

huhhh...

''kitorang pon ada kawan jews tp derang baik je.."

ya, mengajari anak2 yg belum tahu tak semudah menceritakan kisah perang israel-palestine ke budak2 U. aku harus tau dr mana kena mulakan cerita.

so, itu lah mungkin hikmah allah menanamkan metode penyampaian aku lebih kepada cara yg slowly, smooth, tidak terlalu straight to da point.

aku bukak cerita tentang nabi. bermula kisah nabi ibrahim. tidak mendapatkan zuriat dengan sarah. dan bernikah dengan hajar, hamba kpd sarah. akhirnya dari hajar, lahirlah nabi ismail. tak lama kemudian dengan penuh hikmah dan berkah ksabaran ibrahim dan sarah, lahirlah nabi ishaq dari rahim sarah. nama lain utk nabi ishaq adalah israel.

dari keturunan nabi ishaq telah lahir banyak para nabi lain. tetapi dari keturunan nabi ismail, hanya lahir khotimul anbiya' yaitu muhammad saw. seorang nabi yang begitu mulia, yang sangat di muliakan oleh allahu taala.

atas peristiwa itulah terjadinya kecemburuan antara kaum bani ishaq (nabi israel) ke atas kaum muhammad (bani ismail). mereka mengklaim lebih berhak atas kemuliaan tersebut kerana dari baris keturunan mereka lah telah lahir banyak nabi.

sungguh, ini hanya lah merupakan salah paham dan ke egooan yg tinggi.

allah telah menurunkan 4 kitab utk pegangan ummat manusia. taurat, injil, zabur dan al quran. setelah turunnya al quran, maka 4 kitab yg lain nya tidak lagi boleh di pakai. tetapi bukan bermaksud kitab2 tersebut salah. kitab2 taurat, injil dan zabur yg asli adalah benar dan merupakan kalam allah. tetapi al quran adalah pelengkap bagi semua ajaran2 yg telah allah turunkan kepada ummat manusia.

namun, bagi orang2 yg ingkar dan berbuat salah, mereka tidak mahu mengakui tentang kelengkapan al quran. tapi, kejadian ini adalah bukti keadilan dan keseimbangan dunia ini. ada yg taat patuh, ada yang ingkar. sebab tu ada neraka, ada syurga.

beruntung lah kita yg telah mengenal islam. dan sangat beruntung sesiapa yg mahu mencari hidayah allah itu! kerana sungguh hidayah allah sungguh mahal.

berbalik kepada kisah bani israel tadi, apabila keturunan2 mereka merasa cemburu dan ego utk mengakui islam dan muhammad, maka tercetuslah konflik agama sehingga allah berfirman bahwa "tidak akan pernah redha yahudi dan nasara sehingga kita mengikut mereka" (al baqaroh, 120)

yahudi itu lah bani israel, mana kala nasara adalah kristian. orang yahudi mengakui nabi ishaq dan garis keturunan nya sebagai nabi. mana kala kristian mengakui nabi isa sebagai tuhan mereka.

dan kisah2 ketidakpuashatian, keegooan, kebencian itu berlanjutan hingga saat ini. kes pemilikan tanah palestine.

sehingga kuasa kaum bani israel ini kuat dengan segala kecanggihan dunia, memudahkan mereka menhinjak2 ummat islam yg berpegang dengan ajaran nabi muhammad.

dan yg menyedihkan apabila saudara2 se-islam kaum palestine, hanya menutup mata atas kezaliman yg berlaku. dan puncak kesedihan adalah apabila ummat islam telah membuat kaum yahudi (bani israel) redha! dengan cara mengikut cara hidup mereka.

uhhh...

hal itu lah yg aku terangkan kepada anak2 murid ku dan berlegar2 dalam fikiran ku.

mungkin aku adalah seorang orang yang tidak berbakat menyampaikan dakwah dan isi hati jihad ku dengan cara angkat pedang atau mengekspresikan perasaan sehingga aku tidak layak di sebut mujahidin/mujahidah.

namun...

hati ini milik allah.

semoga bulir2 air liur aku memahamkan anak2 murid aku akan mendapat perhatian allah.

sungguh aku sangat lemah.

bisnes

huu, dah tiba masa utk pulang ke tanah air terchenta, mana boleh tangan kosong kan. mesti bawak sesuatu utk pulangan masa depan.

alhamdulillah, balik yg akan datang ni (1st february) aku akan naik MAS. 1st tym sejak aku duk sini. sangat kebetulan sebab aku dapat tiket yg super muper murah. 80usd sahaja utk return ticket. haaaa, terlioq tak? air asia pon tak bg harga macam ni tau.

aku ni excited sebab MAS
  • boleh bawak barang lebih banyak dr air asia, aku rasa 30kg. air asia cuma 15kg.
  • MAS dapat minum free, air asia kene beli air mineral RM4 sebotol ok. tak leh bawak air sendiri.
tu je sebab nya.

kalau boleh bawak barang banyak, itu tandanya lebih cerah la peluang aku berbisnes. hikhik, mmg itu tujuan utama.

sebelum2 ni pon kalau balik malaysia aku akan bawak barang2 yg boleh di perjualbelikan. ye la kan, at least kalau aku balik tak la tangan kosong kan. tp sebelum2 ni aku jual mende2 yg berisiko yaitu quran.

risikonya
  • quran indonesia tak leh bawak masuk malaysia, jakim tak bagi
  • berat
  • modal besar
yg aku tau, dengar2 kabar, jakim kata resam usmani quran indonesia tak sama dengan quran malaysia. tp aku boleh je baca. hehee *maap jakim*

quran indonesia ni bervariasi tau, chanteq2, menambah semangat membaca quran. hehee. dan yg ada terjamahan tu jangan risau, sure paham punya lah. alaa, sinetron indonesia paham plak kan, tak kan la terjemahan quran yg bahasa standart tak leh paham kan.

dulu penah aku bawak sekali, habis wooo aku jual kat konvo UM.

tp rasa2 balik kali ni aku nak bawak barang2 yg selamat je lah. lagipun dah ada permintaan dr ayong. insya allah aku nak bawak telekung, kain pelekat tenun dan keychain utk budak2 yg chomel2 tu. ni yg bisnes jangka masa pendek


* yg kotak hitam adalah kain pelekat tenun gajah duduk*
*yg kotak kuning adalah kain pelekat tikar gajah duduk*
perhatian: jenis mereka berdua adalah sangat lawa, cun, macho, chanteq ok!

dan aku ada plan besar utk bisnes jangka masa panjang. jeng. jeng. jeng.

tp nati lah aku cerita, kang tak jadi buat malu je kan. heeeh, sori lah kerana terpaksa utk baca cerita bisnes aku.

ubi kayu

kampung kah makan ubi kayu..? hehee. sedikit kampung atau desa lah tp tradisional :) sangat manis dan ayu kan..? MySpace

aku adalah kipas susah mati ubi kayu. sangat suka. suka suka. kalau mak aku rebus ubi kayu, aku je lah yg melahap nya MySpace. sebab apa aku suka, aku pon tak tau. sebab aku lahir kat kampung kut, so aura2 kampung tu terserap lah dalam nurani aku, hikhik MySpace

ubi kayu boleh di jadikan
  • ubi kayu rebus
  • kerepek ubi
  • ubi goreng
dan...

mungkin banyak lagi, tapi aku tak tahu sebab aku hanya suka ubi kayu rebus. sila bgtau aku kalau anda tahu ok MySpace

heee, bbrapa hari lepas aku ziarah rumah seorang teman, dia hidang dessert dari ubi kayu rebus kat aku! anda tahu, betapa sedapnya dessert. simple tp aaaahhhhh, sukar di gambarkan dengan perasaan MySpace*hiperbola*

dia dapat resepi dessert tu dari kawan dia yg kerja kat restoran thailand. dan dessert tu di jual dengan harga Rp. 15.000 (baca: lime belas ribu rupiah) lebih kurang Rm5, hehee. bayang je la kalau dessert punya mangkok besar mana sangat kan.

aku telah berjaya korek sikit2 resepinya. tp aku tak puas hati, aku search je lah kat google, mana lah tau ada kan. haaa, ada!

so, aku nak sharing ngan korang semua.

bg yg dah kawin, sila hidang kpd family anda
bg yg bujang, sila makan sorang2 atau ajak lah kawan2 anda ok

mari belajar masak bersama chef ummu solehah
MySpace

nama yg aku bg utk resepi ni adalah si solehah puteri jepun manis
sebab ubi kayu tu putih kekuning2an mcm warna kulit puteri jepun dan kuah nya rasa manis.

bahan2 nya adalah;
  • ubi kayu
  • gula pasir
  • air
  • garam
  • santan instant atau asli
  • sedikit tepung jagung yg di cairkan
  • daun pandan
cara membuatnya;
  • rebus ubi kayu sehingga enak utk di makan
  • buat air gula
  • tuangkan santan ke dalam air gula tersebut, sehingga mendidih. di kacau terus
  • tuangkan tepung jagung yg telah di cairkan td ke dalam larutan yg sedang di kacau
  • taruk bbrapai helai daun pandan utk aroma wangi
  • tunggu bahan sehingga mendidih, api jgn besar.
taadaaaaa... siap... MySpace

cara hidang;
  • amik mangkok
  • isi bbrapa ketol ubi kayu
  • curahkan kuah tersebut di atas ubi kayu
  • taruk sudu
  • makan!
  • best!

geram nya

kata una, tahun baru blog aku berwajah baru. huhuuu, bukan sebenarnya. aku tengah sedikit geram ni. link2 yg aku taruk dlm blog aku ni dah 2x hilang. jenuh aku carik balik & taruk balik.

link2 blogger lain adalah sesuatu yg penting utk aku, sebab aku selalu follow cerita2 mereka. blog yg best semua aku link kan. hehhhh, boleh plak dia buat perangai gi hilangkan diri. hot la aku ni, tros aku tukar templet biasa. konon2 merajuk nih. huhuu.

so, kepada sesiapa yg link nya pernah ada dalam blog aku tulung bgtau aku utk aku link kan balik. tulung yea.

azam

menjelang tahun baru masehi dan tahun baru hijrah semua orang tulis tentang tahun baru, aku pon sama lah :) perkongsian cerita, idea, pendapat, komen dan kritikan :)

tahun baru identik dengan azam baru. alhamdulilah. jangan kita sekali2 memperlekeh atau memperkecil azam seseorang. walaupun azam tahun lepas ada yg tak lunas, tapi tak salah utk wujud kan azam baru. tu tanda kita bersyukur dengan hidup ini. kita masih menghargai nyawa yg allah bg pinjam ni dengan mewarnai nya dengan azam baru.

apa azam kalian tahun ini..? yg pasti semua orang akan berniat utk menjadi yg lebih baik dari tahun lepas. iya kan..? apa cerita kita tahun lepas..?

best..? gembira..? menyenangkan..? MySpace

atau..

sedih..? duka..? mengharukan..? MySpace

tak apa. yg berlalu biarkan berlalu, jadikan itu sebagai satu cerita kenangan yg patut di kenang. kalau manis, jadikan sebagai gula agar tetap semangat dan kuat menjalani tahun baru ini. kalau pahit, itu kan ubat agar lebih sehat di tahun baru.

tp jangan lupa, yg manis tak selalunya bagus. ibarat gula :) silent killer. dan yg pahit tak selalunya jelek, ibarat mengkudu :) penyembuh diabetis.

ni semua adalah kata2 lapuk yg selalu di ulang2. walau kecil, bawak beringat solehah!

aku juga menyulam banyak azam tahun baru dan kebanyakan adalah sama dengan azam2 tahu n lepas :)

utk pengumuman, tahun depan umur aku dah 23 :) rasa macam banyak je.

berikut adalah azam tahun baru aku
  • aku nak lebih dekat dengan Sang Kholiq
  • aku nak membahgiakan mak dan abuya
  • aku nak kawin
  • aku nak habis kan belajar
  • aku nak jaga adik2 aku
  • aku nak jadi lebih solehah, rajin, baik.
berikut adalah keinginan tahun baru aku
  • aku nak sambung belajar/hidup kat west atau middle east
  • aku nak pc/laptop yg boleh support aku buat kerja
  • aku nak camera digital
  • aku nak buat bisnes
aku rasa cukup tu dulu lah. walau banyak lagi i nak tulis. hehee.

jom kongsi azam dan keinginan tahun baru kamu dengan aku :) MySpaceMySpaceMySpace

orang perempuan

orang dulu2 didik anak mmg keras, jarang ada toleransi, sebab tu anak menjadi. lagipon zaman dulu susah, tak macam sekarang dah modern, senang, budak2 jadi manja.

aku bukan nak amik contoh besar2, kecik je, contohnya lepas makan
  • angkat pinggan, hantar gi singki, basuh.
atau
  • bangun, basuh tangan & berlalu, nati mak atau maid angkat la pinggan tu.
ni adalah hal2 kecik yg biasanya di anggap tak penting. tapi aku suka menganggap hal ni penting. kalau anak perempuan mungkin ramai la yg boleh angkat pinggan lps makan ke dapur. kalau anak lelaki, mm, tak tau la nak kata, mungkin tak ramai. kalau ada tu, aku nak ucap tahniah!

dulu aku kecik2, asal mak aku masuk dapur je, dia akn teriak nama aku utk ke dapur sekali. bukan suh aku masak pon tp nak suh aku masuk dapur. anak perempuan, tak kan lah mak kat dapur kita duk terbongkang kat dalam bilik atau depan tv. akhirnya, kalau mak masuk dapur aku dah macam ada alert plak utk ke dapur jugak.

*wlw pon aku tak pandai masak hahaa*

perkara ni jangan anggap remeh. semua ni akan mempengaruhi anak tu sampai dia besar. kalau tak ajar anak macam tu, dah besar nati dia pegi rumah orang, dia tak pandai. tu lah alasan mak aku. betol. kata orang tua ni betol. orang tak akan cakap depan2 kalau anak perempuan kita tak pandai. tp orang akan cakap belakang2 (baca: ngumpat).

mulut orang bukan mulut tempayan yg boleh di tutup, alangkah perkara tak betol pun boleh jadi cerita (baca: fitnah), inikan plak perkara betol. jadi berhati2 lah bakal ibu atau ayah. termasuk aku!

n3 ni di baca dengan nada orang tua2 ng nasehat kat orang muda2 ok MySpace

kehilangan

semalam adalah hari aku yg sibuk walaupun cuti am. sebab cuti lah aku jadi sibuk, tym cuti semua orang nak cuti, so, bank pon tutup. tempat bayar letrik pon tutup. semua lah tutup.

2 minggu kebelakangan ni aku kehilangan 3 benda penting! MySpace
  1. pendrive usb
  2. atm card
  3. handphone
*apa lagi nak di kata*

dari allah dia datang, kepada allah dia kembali MySpace

sedih ke..? sedih la MySpace

aku mmg ada penyakit kronik yaitu careless! apa lagilah benda2 kecik macam pendrive tu. dah le pc aku rosak, so pendrive adalah segala2nya utk simpan data2 aku, huuuu, dia pi hilang plak kan.

atm card pun satu hal jugak. dah la muamalat antara indonesia-malaysia ni susah mintak ampun, di kala poket kering pun dia pi menghilangkan diri. nasib baik masih ada buku bank. alhmdulillah. tp yg masalahnya adalah mana lah bank nak bukak cuti muti ni *ngee*

dan yg paling best, bertepatan semalam, lepas aku balik dr bayar letrik di suatu tempat yg jauh dr campus aku, on da way balik, hp aku hilang. last aku pakai hp tu adalah beberapa minit setelah balik dr bayar letrik dan aku taruk dalam poket beg.

pastu aku tak keluarkan dah hp tu sebab tak bunyi2. setelah itu aku pun menuju ke bank. selesai urusan bank, aku pun berniat utk balik, tp nak singgah beli burger kejap kat mc'D, aku nak sms kawan aku, dok raba2 poket beg, tak de apa2. aku stop & check dalam beg, selongkar abis semua, tak adaaaaa MySpace

aku ingat tertinggal dalam bank, patah balik bank utk cari, pak guard tu kata tak da, dia tolong aku dail no hp aku tu, rak dapat. huuu, sah la tu kene curik. apa lagi nak kata kan.

bersabar je lah MySpace

so, sekali gus kat sini aku nak bgtau, kepada sesapa yg dah ada no aku yg lama +628567050321, sila abaikan no tersebut sebab sudah pun kembali ke rahmatullah. segala perhubungan boleh di lakukan via email, ym atau blog ni lah. boleh bagi no korang kat aku via email aku dr_solehah@yahoo.com sebab aku tak de copy phonebook tu.

sekian makluman.

tazkirah utk aku: mungkin itu semua adalah kerana aku kurang bersedekah. ingat, dr harta2 kita ada milik orang lain yg tak mampu. kalau barang2 kita hilang, sila ikhlaskan saja kerana mungkin itu adalah jatah rezki orang lain. allah menggunakan kita sebagai perantara rezki, antara DIA dan makluk yang lainnya. walau bagaimanapun, mencuri adalah salah di sisi agama dan negara MySpace

teh

teh berasal dari daun teh. di keringkan dan di proses maka menjadilah teh serbuk.

kat malaysia ada
  • teh o
  • teh tarik
kat indonesia ada
  • teh manis
  • teh tawar
  • teh susu
berikut adalah penjelasan:
  • teh o adalah air teh yg di campur dengan gula yg menghasilkan rasa manis
  • teh tarik adalah air teh yang di campur dengan susu, pastu di tarik2 dengan 2cawan
  • teh manis adalah sama dengan teh o
  • teh tawar adalah air teh tanpa di tambah gula atau susu
  • teh susu adalah sama dengan teh tarik tetapi tidak di tarik2
haaa, berapa ramai yg suka teh..? tak tau la kan, banyak atau tidak. aku suka teh. tak tau sebab apa aku suka. mungkin sebab simple.

family aku pun major suka teh. kalau yg belah abuya aku suka teh tarik. kalau belah mak aku suka teh o. tp mak aku suka teh tarik. aku pon suka teh tarik tapi lebih suka teh o.

abuya aku telah mengiktiraf teh tarik buatan aku. hehee, cukup abuya aku yg iktiraf, aku dah bangga dan tak kesah kalau orang lain kata tak sedap *ngee*

aku ada cerita manis tentang aku, abuya dan teh :) aku nak tulis supaya tak lupa cerita manis ni Photobucket

beberapa bulan yg lalu abuya datang sini (indonesia) dengan kawan2 dia dengan tujuan kerja. so, kami pergi makan2 kat sebuah resto. kat sini bukan banyak sangat jenis air macam kat malaysia. kat sini, kalau tak teh manis, teh tawar, air jeruk, jus, air putih, aku rasa dah tak de dah. so tak banyak piliha. kalau kat malaysia tu kan ada milo ais, neslo, sirap limau, teh o limau, teh tarik, teh ais dan banyak lagi.

so, pada waktu tu semua orang pilih air yang best2 macam jus. waktu tu waiter ada dua. abuya pesan kat waiter lain, aku pesan kat waiter lain. so, tak tau apa yg di pesan oleh masing2.

tak beberapa lama, pesanan air sampai. semua orang amik air masing.

aku... teh o panas

abuya... teh o panas

hehee, hanya kami yg order teh o panas

(so, whatt..?)

abuya pandang air aku, pastu dia cakap kat kawan dia "haaa, tgk la ni anak dengan bapak, sama suka teh panas..." sambil senyum :)

wahhh, aku merasa sungguh gembira dan bangga sebab ada keserasian antara kami :)

sebuah cerita yg simple tp manis bagi aku.

i love u abuya :)

kamu punya cerita manis..? mari berkongsi dengan aku.. Photobucket

freebiez

gambar tiada kaitan dengan n3, ni aku n adik aku, thoriq masa kecit2

-----------@----------

huhuu, meh sini aku nak bocorkan rahsia aku. aku adalah freebiez maniac! hehee, tp aku tau, mesti ramai lagi yg macam aku. kannnnn..? baik ngaku cepat.

freebiez tu adalah benda2 free, hehee. contoh paling senang adalah blog. haaa, blog ni aku kategorikan sebagai freebiez dr google. terima kasih ye google, ye la kan, at least kita tak payah la susah kene beli domain la, server la utk memiliki sebuah laman di dunia maya.

antara freebiez yg sering aku buru adalah tas cute, mug, pen, key chain and what eva lah, yg penting free *ngee*

nak bukak akaun bank pun aku cari yg bagi freebiez, hahaa. keseronokan yg terjadi sukar di gambar kan dengan kata2 apabila mendapat freebiez tersebut. penah aku bukak akaun bank, dia bg aku mug, pastu aku nampak ada pen cute, aku pon saje je lah try meminta 'bonus' haaaa, jangan tak tau, aku berjaya mendapatkan nya. orang lain dapat 1, aku dapat 2 :)

kalau nak beli toiletries pon, seboleh2 nya aku akan cari yg dapat freebiez, contohnya nak beli shampoo, dapat sabun sekali, tak kesah la walaupon sabun tu kecik atau murah, yg penting free!

adakah ini sikap yg baik atau tidak..? hehee. terpulang kpd yg menilai. selagi tak mencuri tak haramkan..? :)

sila beritahu saya, adakah anda freebiez maniac atau tidak..?

back-biting

selamat pagi. pagi yang indah, sungguh sejuk, damai, tenang, blm ada bunyi hon kereta yg sangat membingitkan telinga. pagi ni aku dah melakukan kegiatan tahunan, yaitu jogging MySpace hehee, sport shoes aku telah di gunakan sebanyak 3x sepanjang jangka hayat dia di beli oleh aku kira2 setahun yg lepas, so, jogging adalah yearly xtvt bukan daily atau weekly MySpace sila jangan contoh.

tp aku rasa aku kene ubah lah xtvt jogging ni supaya menjadi at least xtvt weekly sebab, ketenangan yg aku rasa ketika bjogging pagi ni sgt memberi kesan pada emosi aku. sejak akhir2 ni aku selalu di datangi mimpi2 yg agak tak best dan menyedihkan. mungkin kerana aku tidur dalam keadaan memikirkan sesuatu. dan setelah bjogging pagi ni, menghirup udara yg masih segar, buat aku lebih cool MySpace

last year waktu aku balik mlaysia naik airasia aku telah jumpa satu qoute yg sangat best dlm magazine yg di sediakan dlm flight.
LOVE is about being passionate, listening and hearing, compromising, enjoying who you are and what you do, pleasing the other and making things happen. forget the back-biting and jealosy! MySpace
yup! back-biting (umpatan, calaan, hinaan, cacian,protes,kritik) adalah sesuatu yg sangat menyakitkan hati. sebab kadang kita rasa kita buat tu betul tp orang tak anggap macam tu, apabila orang tak setuju dengan kita, akan ada dua kemungkinan:
  1. dia diam
  2. dia akan back-biting kita
kalau sabar masih menguasai hati, kita akan diam MySpace. tp kalau tak, kita akan balas balik MySpace, sampai puas! hehee. tp cinta menganjurkan kita supaya forget it! buang jauh2, lupakan.

senangkah utk melaksanakan nya..? MySpace

contoh yg macam aku lakukan pagi ni, aku gi jogging dengan pakai baju kurung (baju saja), sluar panjang, tudung labuh & sport shoes. dah la aku ni malas jogging, aku baru kluar rumah je dah kene tegur ngan sorang ibu ni "wah neng, panjang amat bajunya mau olahraga" *sinis*

apa aku nak ckp, aku pon senyum kopi je la, pahit2 manis MySpace.

sejenak niat aku mati, rasa nak patah balik pon ada. aku pikir, kalau aku teruskan ni mesti lagi banyak orang akan tegur aku, tak pon pandang sinis, waaaaaa. menci nya. tp kang kalau aku patah balik mesti lagi malu ngan ibu tu kan, hehee, alang2 aku terus je la. alhamdulillah, dan sampai tempat jogging tak ramai orang pon, utk sedapkan hati, aku pon bjogging sambil pasang mp4 supaya aku layan dunia aku sendiri MySpace, hehee.

salah kah aku bpakaian begitu..? mmg la aneh, tp tak kesah lah kan.

aku nak cerita sikit, kat sini mmg sedikit pelik, mungkin tudung labuh kat mlysia dah biasa, tp kat sini tak, kalau pakai tudung labuh, kita akan di cop sebagai ''ibu haji'' huhuuu, aku dah lali dah dengan gelaran tu. amien je lah kan kalau dorang panggil ibu haji. kadang2 dorang pon tau kita masih mahasiswa, tp saja je nak ejek. macam pakai tudung labuh tu salah plak. mmm. boring tol!

so, dr aku marah2 sebab dorang ejek aku, baik aku diam je kan MySpace

maaf

hari ni sy dapat komen dr encik/cik anoy utk n3 yg lepas. tp dia tak komen tentang n3 tu, cuma komen tentang banner yg sy taruk kat side bar blog sy ni, yg tentang rokok & baju ketat.

1stly sy nak mintak maaf bebanyak kpd encik/cik anoy sebab telah terasa dengan perbuatan sy letak banner tu.

kat banner tu mmg ada tulis 'yg merokok/pakai baju ketat di larang baca blog sy' tp dengan bersaksikan Tuhan Yang Esa, Allahu Taala, sy tak pernah berniat begitu. banner tersebut sy dapat dari blog seorang teman. dan sy merasakan itu adalah peringatan utk diri sy. dan seandainya teman2 yg datang blog ni nak jadikan peringatan pun tak pe. kalau tak nak, sy bukan boleh paksa.

encik/cik anoy ada mengatakan bahwa sy pilih kawan dan macam lah derajat sy tinggi sgt. allahu akbar, astagfirullah :( istighfar encik/cik anoy. sedih sy encik/cik anoy ckp sy macam tu. sy tak penah pilih kawan. orang pilih utk berkawan dengan sy adalah sbb sy bukan insan yg baik.

sy mintak maaf ye encik/cik anoy. tp sy tak sanggup nak buang banner tu sebab dengan banner tu lah, dah ada beberapa teman2 sy yg dah nak berhenti merokok.

kadang2 kita rasa perkara tu kecil bagi kita tp dampak nya sungguh besar bagi orang lain. sy tak banyak amalan, semoga dengan niat sy letak banner tu, allah nak utk jeling dan lihat sedikit amalan sy tu.

sekali lagi maaf utk encik/cik anoy :(

*sy sgt sedihh*

salah sangka

aku tak tahu lah sekarang apakah masih berlaku salah sangka yg aku maksud, ye lah kan, sinetron indonesia dah banyak masuk ke malaysia. aku baca blog2 malaysian pon dah pandai plak mereka guna 'bangat' hahaa MySpace. tak kesah la, tp aku nak tulis jugak supaya puas hati *ngee*

kalau kat class aku jarang la org boleh recognize aku malaysian sebab aku pandai cakap indonesia, huhuu *pemujian ke atas diri sendiri* ye lah, mana tak pandai, 1st tym sampai sini je dah kene tinggal, nak tak nak kena pandai lah kan.

ok, indonesia ngan malaysia bukan jauh pon, naik flight dr jakarta ke kL hanya 2 jam. naik kapal aku tak tau brp jam ok. muka pon lebih kurang je, sowo matang, hehee. makan sama2 nasik! MySpace

tp sepanjang pengalaman aku bawak guest datang sini, selalunya kalau nak cakap antara indonesian & malaysian ni mesti banyak yg tak masuk. orang ni ckp lain, orang ni paham lain.

so, kesimpulan yg dah aku buat adalah sebab kita ni (malaysian & indonesian) terlalu banyak guna bahasa pasar. kalau lah semua orang guna bahasa skema standart, aku rasa semua akan fine saja.

tp ok jugak bila jadi cam tu, adalah peluang aku utk gelakkan orang.

aku nak bagi contoh yg paling kelaka.

RESTORAN SUP BUNTUT PAK HADJI.

*signboard yg tulis macam ni adalah benar, tp sebab aku tak de gambar dia*

apa prediksi malaysian apabila lihat signboard tulis cam tu..?

hahaaa. korang tak yah cakap, aku dah gelak sampai meleleh2 air mata.

RESTORAN - sama la, malaysian atau indonesian panggil restoran
SUP - pon sama, dua2 panggil sup
BUNTUT - ??
PAK HADJI - nama orang

persoalan oleh:

malaysian
  • adakah buntut *sorry* pak hadji di jadikan sup..? sapa nak makan..?!! MySpace
indonesia
  • so what gitu lho..? whats wrong..? MySpace
jawapan
  • buntut dalam bahasa malaysia adalah dhubur, bagian belakang yg di gunakan utk keluarkan sisa makanan. kadang2 orang panggil punggung.
  • buntut dalam bahasa indonesia adalah ekor! yg ada pada haiwan seperti lembu, kucing. buntut lembu = ekor lembu.
so, RESTORAN SUP BUNTUT PAK HADJI adalah restoran pak hadji yg menyajikan sup ekor! MySpace


yang orang malaysia panggil buntut tu, orang indonesia panggil bokong atau ****** (atau tak sanggup nak tulis sebab blog aku banyak mlysian yg baca)

bg orang indonesia plak, buntut adalah ekor dan punggung adalah bahagian belakang badan. tulang punggung = tulang belakang.

harap semua mengerti dan boleh faham. MySpace