nak nagisssssss...

12:30 ku saje je la on yM, tibe2 mak online, aikkk, ye ke..? sblm ni tak penah la chat ngan mak, biase ngan budak2 kat umah tu je la. tup2 ni lah hasil chat ku ngan mak. sedeeeeeey..!
(asrusnah : mak, solehah : ku, tatak : ku)

asrusnah: tatak tak gi kuliah ke?
solehah: kuliah..solehah: dah habis..
solehah: hari ni 1 subject saja
asrusnah: inah mana?
solehah: inah kuliah.
solehah: belom habis.
solehah: mak ke ni?
asrusnah: iya! nak melayari dunia di hujung jari aje
solehah: hahahaaa..
solehah: nati mak suh abot send gambar nak ngan acik tu kat tatak
asrusnah: ok
solehah: mak kat mane?
asrusnah: kat jln reko,tengah rancang nak jadi jutawan sebelum usia 50 tahun dan nak pergi umrah dengan anak anak
solehah: uissh, 4 tahun lagi..?solehah: tatak dah umur 26..awik 25..inah 24..nukman 22..bancik 21..abot 19..yek 18
asrusnah: kalau mahu apa yang tidak boleh,air pun boleh jadi api,betul kan
solehah:
solehah: ya..
asrusnah: tatak buat ape kat situ ? cating aje ke atau ada kerja
solehah: ade keje sikit, tengah cari list pustaka buku atau kedai buku kat mlysia...
solehah: saja je on chatting ni, tak berchatting pun..
asrusnah: tatak nak buat ape dengan list kedai buku tu
solehah: ade bisnes sikit ngan penerbit kat sini
solehah:
asrusnah: kalau nak list kedai buku tatak cari dalam persatuan kedai kedai buku di sini tatak dapat yang lengkap dan tatak boleh jadi ahli persatuanya ,nanti lagi banyak bisnis masuk
solehah: die ade web site ke?
solehah: susah jugak nak cari sbb tak lengkap dlm internet ni..
asrusnah: tatak buka aje DBP atau tatak taip persatuan kedai kedai selangor ke atau malaysia
solehah: ok..
solehah: mak, semester ni tatak kene hafal 7 surah
solehah: 23 hadis
solehah: mak doa kan lah tatak senang nak menghafal
asrusnah: mak ade buku MALAYSIA BOOK INDUSTRY (DIRECTORY) kalau tatak nak mak fotocopykan,yang bahagian ini yang mak nak dengar,dah lama mak cakap suruh afal quran dan hadis,bukan afal time nak periksa aje, mak tengok result tatak ada yang tak lulus satu, mana boleh macam tu, kalau fasal doa,memang setiap masa mak doa dan sebut nama lagi.tatak kena usaha dan usaha,jangan banyak berangan dan leka,peluang sekali aje datang
solehah: aik...mane ade tak lulus...subject ape?
asrusnah: tatak jangan buat tak tau pula,nanti balik abot mak suruh abot sendkan kat tatak result tu
solehah: heheeee...
solehah: yg result tak best tu nanti tatak ulang balik exam die
asrusnah: inah ade cakap,dia nak habis cepat cepat abis belajar dan nak sambung buat master,tatak macamana
solehah: nak jugak habis. skrg da sem 7, tahun depan buat prctikal kt mlysia sj pastu habis n wisuda insya allah...
solehah: lepas tu tak tau lagi..
solehah: teringin jugak nak buat master
asrusnah: kenapa tatak buat pratikal tahun ni,rugilah lama lama belajar,patutnya tatak dah buat master,dan tatak kena ingat,tatak datang ke indon untuk belajar,jadi tatak kena banyak belajar tak kira ilmu dunia atau akhirat,kerana kalau banyak ilmu tatak akan jadi orang beruntug dan boleh beri manafaat pada orang
solehah: iya..
solehah: buat prctikal tu tak lama, boleh buat sementara tunggu nak wisuda
asrusnah: ok mak doakan tatak berjaya di dunia sebagai insan yang baik,mulia dan terhormat dan mak sangat sangat harap tatak akan membawa mak ke SYURGA mak tidak punya harta untuk disedekahkan untuk di beri pada orang untuk dijadikan pahala atau mak bukan seorang ahli ibadah yang rajin beribadat pada allah,mak hanya insan yang hina dan kerdil serta serba kekurangan, maka anak anak lah satu satunya harta mak yang tidak ternilai
solehah: hmm..insya allah..
solehah: hmm..insya allah mak..
asrusnah: ok l love yau dan mak sangat sayang pada anak anak.Kirim salam pd inah,cakap kat dia mak suruh mandi,basuh baju dan rajin masak.OK I LOVE YOU
solehah: i love u too, heheeEE
solehah: klau abot balik suh die send directory kedai buku tu n gambar ye mak

:::::::::::::::::::::
:::::::::::::::
:::::::
:::
:
hmm, sampai tak leh nak comment!

0 komentar: