Friday, December 28, 2007
ummu solehah
orangnya benar2 persis namanya. dan ikatan persahabatan ini punya ruh tersendiri. kami berkenalan pada tahun 2000 ketika kami sama2 menjadi pelajar baru di sebuah sekolah. ketika itu, kami masing2 masih bertanduk (nakal ^_~)
selepas pmr, kami sama2 berpindah sekolah. aku ke klang dan dia ke pahang. namun, yang sangat membuatkan aku terharu, dalam jarak yang sebegini jauh, dia masih mengingati aku walaupun pada tahun sebelumnya kami semakin jauh dek kesibukan pmr dan berpisah kelas. surat dikirim tiba di tangan ketika spm hampir menjelang. aku menulis balasan, namun kerana kesibukan juga, warkah itu tidak pernah aku kirimkan dan hanya terselit di celah2 buku rujukan yang menggunung.
namun, ikatan hati ini sungguh luar biasa. tetap, dia masih rajin mengirim sms padaku memberitahu perkembangannya yang terkini. walau terkadang aku tidak membalas (huhu~ aku memang terkenal dengan perangai malas me'reply' mesej). sehingga suatu hari, ketika aku mengetahui dia berada di malaysia (pulang bercuti dari pengajian di indonesia), terus jariku menaip...
"mumu, balik cuti ek? meh la datang rumah. rindu sangat kat mumu. datang tau. MOHON DENGAN SANGAT"
beep...beep...! handphoneku memekik"
^_^ kepada yang menulis MOHON DENGAN SANGAT, kite sekarang kat kajang. petang ni ingat nak gi ukm nak wat research for assignment hadith. insya Allah kita singgah rumah mar"
wah~ LUAR BIASA. walaupun hampir 6 tahun tidak bertemu, tiada langsung yang menghalang dia untuk segera menunaikan permintaan sahabatnya yang 1 ini. terlalu membuatku terharu. dan petang itu, kami menghabiskan masa bersama hingga dia terlepas janjinya untuk ke ukm. maafkan aku teman.beberapa hari selepas kunjungan itu, dia kembali ke indonesia untuk menyambung jihadnya di medan ilmu.
beberapa kali dia meninggalkan comment untukku di fs. namun catatannya kelmarin kembali mencambah rendang pohon kasih syang yang sedia ada."mar...kite tak mampu nak tulis panjang...mata kabur...manik hangat menitis...hati meronta2 bila TERBACA blog mar..."
"ummu, moga diberi kemudahan dalam urusan hidup oleh Allah. diberi kekuatan dan ketabahan hati meneruskan perjalanan panjang ini. uhibbuki fillah abadan abada.."
~ummu wafa~
Posted by jebat_kirana at 3:29 PM 1 comments
Labels: inspirasi kembara

temanku di hari bahgia...