solehah the liger!

liger dah besor

dalam buku Keluarkan Singa Daripada Diri Anda, aku jumpa satu fakta (diluar dari tajuk buku tu) yaitu mengenai LIGER. oh allah. saya baru tahu tentang liger ni :) nampaknya aku kurang membaca.

liger adalah mix antara lion dan tiger. sebab harimau dan singa dari satu golongan maka mereka boleh mengawan dan anak mereka bernama liger. aku search di internet dan jumpalah gambar2 si liger. oh. how cute a liger's baby ^^

jadi, aku rasa aku tak boleh jadi singa atau harimau. aku perlu jadi liger supaya lebih bersemangat! kuat! azzam yang tinggi! berdikari!

tp rasa2 memang aku liger sebab abuya aku lion, mak aku harimau :p hehehee.

chiyok solehah the liger ^^

liger masih kecil

songlap

memiliki barang memang senang kalau ada duit. tapi, menjaganya yang susah, apalagi kalau barang yang dapat di dapati dengan mudah. minta, dapat. minta, dapat. kalau nak barang tapi kena perah dulu peluh di badan, menitik air mata terakhir, longgar urat sendi mencari duit baru dapat barang, retilah gerangan nak menjaga barang.

aku selalu juga mengidam barang yang berlebihan, yang berharga mahal. tapi selalunya aku hanya mengidamkan, jarang sangat yang aku betul2 beli. kalau pun ada pasti barang tersebut sangat aku perlukan. kalau sekadar mahu mengikuti trend, tak mungkin aku beli.

selalu juga aku tak tahan melihat handbeg atau beg galas yang cantik2. ni perangai tokki aku suka kumpul beg. dan selalu juga, beg yang ada masih bagus tapi sebab nafsu menggebu dan ada duit di tangan, maka, bertukarlah posisi duit dan beg yang dijual antara aku dan si penjual :p ahahaa.

tapi hal itu selalu berlaku kalau aku tengok beg saja. kasut sangat jarang. aku akan pakai kasut nan satu sampai hancur, putus atau koyak baru aku akan ganti. tapi, aku tak betah kalau cuma ada satu kasut, biasanya mesti ada satu kasut, satu selipar. pemakaian di sesuaikan dengan tempat. tak de lah nak pergi kedai runcit pun pakai kasut.

oh. kalau baju pun jarang kecuali memang baju yang aku jumpa tu benar2 rugi kalau tak beli. hehee. last year punya raya aku tak beli baju raya. sebab baju raya dulu masih bagus. dan baju masa aku form 1 dulu pun masih ada yang aku pakai sampai sekarang.


ini bukan nak cerita pasal peribadi tapi nak cerita pasal menjaga barang. kalau barang yang kecil pun kita tak pandai jaga, apalagilah barang yang lebih besar.

barang sendiri pun kita harus jaga, barang orang pun kita harus jaga. ada orang pernah cerita kat aku, dia ada saudara yang suka sangat 'songlap' barang kalau datang rumah, contohnya majalah, tudung, buku2 atau apa sajalah. bukan barang2 berharga pun tapi perbuatan tu menurut aku sangat tak baik. kalau nak pinjam mintalah izin, jangan main ambil saja.




mungkin bila kita pergi rumah orang tengok banyak sangat buku, kita ingat dia tak pakai buku2 tu. epsss, jangan salah, rumah orang yang banyak buku lah tanda dia sayang akan buku2nya. kalau dia koleksi majalahnya, kita songlap satu kan kita dah merosak koleksi majalah dia.

begitu juga jika kita 'tukang pinjam' barang orang. kita dah pinjam, jagalah elok2. kembalikan seperti mana kita pinjam. kita harus ada rasa tangungjawab yang sangat tinggi atas barang tersebut. sebab jika kita buat busuk sekali ketika pinjam barang orang, ingatlah, orang tak akan percaya lagi untuk bagi kita pinjam.

aku membebel ini bukan apa, sebab aku nampak banyak hal2 begini berlaku, orang tak ambil berat. mereka ingat ini hal biasa.

ingatlah, hal yang biasa bagi kita tak semestinya biasa juga bagi orang lain. begitulah sebaliknya. jagalah hubungan antara manusia.

Wadah Cinta Solehah Pindah Alamat

Wadah Cinta Solehah Pindah Alamat

oh! aku terharu membaca entry mak yang terbaru. 3 lelaki dalam hidup mak tu juga sangat aku sayangi.

almarhum ayah mak (tokki aku) adalah seorang yang sangat di membekas di hatiku. walaupun mungkin aku bukan cucu kesayangannya, sebab mak tulis anak emas dan buah hati tokki ku adalah adik aku yang ketiga. tak mengapa. kerana aku memang selalu menyintai tanpa dicintai ^^ hehee.

oh ya. cerita asal.

dulu kalau balik ke kampung di maran, tokki akan selalu suruh aku pijak belakangnya. sebab mungkin belakangnya lenguh. sambil pijak, maka, tokki akan cerita dan beri aku nasehat yang sangat banyak. untuk pengetahuan semua, walaupun aku membesar di selangor dan KL tapi aku adalah orang pahang. orang kampung bak-bak, kampung sebelum kampung merbau (kampung orang asli tempat kesukaan mak aku). jadi tokki selalu berkata "tatak, awak orang maran, awak kena belajar betol2 lepas tu jangan kerja dekat kelumpo, kerja dekat maran".

dulu, aku rasa macam tak standart la 'wasiat' tokki suh aku kerja dekat maran, tapi, kini aku sedikit tersedar, bahwa maran adalah tanah tumpah darah aku. kenapa allah takdirkan aku lahir di maran? jika sekarang maran penuh dengan cerita yang tak sedap, patutkah aku lepas tangan dan pandang sebelah mata, tanah tumpah darah aku terus hancur seiring usia.

jika nanti insha allah aku berjaya membawa pulang ijazah sarjana muda teologi islam dari bumi jakarta ini, apakah yang perlu aku banggakan jika bangsa di tanah kelahiranku hancur?! hmm, sedih juga ya. ternyata nasehat tokki satu ketika dulu, benar! tokki melihat dunia jauh ke depan. tokki begitu sayangkan anak bangsanya.

arwah tokki meninggal ketika aku di tingkatan 1. aku masih sangat ingat, sewaktu tokki meninggal, aku mimpi. aku mimpi aku pulang ke rumah, emak menyambutku, dan emak bgtau dalam rumah ada satu bayi baru lahir dan akan ada satu bayi akan lahir. ketika aku melangkah mahu melihat bayi yang baru lahir, aku tersentak dari tidur kerana di kejutkan oleh kawanku. waktu itu ingatanku terus teringatkkan tokki. tak lama kemudian aku di beritahu bahwa pak teh aku datang, hendak berjumpa di luar asrama.

aku bersiap. sewaktu jumpa pak teh, pak teh bagtau nak bawak balik sebab tokki sakit. aku langsung bersiap. sampai di rumah kampungku, orang banyak. rupanya tokki bukan sedang sakit tapi tokki sudah meninggal dan sudahpun di kebumikan. rupanya sewaktu aku mimpi, tokki sedang di kebumikan. aku menangis kerana aku rindukan tokki.

tokki ada adik yang aku panggil tok chu. ketika aku berjumpa dengan tok chu, tiada apa yang mampu aku katakan, mereka begitu mirip sehingga aku merasa tokki kembali berada di depanku.

walaupun mungkin aku bukan cucu emas dan buah hati tokki, tapi aku banyak menyimpan cerita tersendiri antara aku dan tokki. dan cerita itu sungguh kenangan manis antara aku dan tokki.

tokki sungguh handsome, orangnya tinggi berkulit putih, badannya gagah. ketika sakit pun badan tokki masih gagah. oh! aku rindukan tokki T_T aku selalu berdoa supaya tokki berada di tempat orang2 soleh.

oh, dua lelaki berikutnya aku sambung tulis kemudian ^^

duit berstatus halal!

RAMBUT 'M' ATAU KOPIAH ^^


KERJA SEBUAH PERJUANGAN, KERJA TERUS WALAU MAPLEY TIME


lepas seminggu baru dapat update blog ^^ alhamdulillah, trimas allah atas nikmat waktu yang masih Engkau berikan kepadaku. seminggu yang penuh cerita mahu aku kongsikan tapi terpendam begitu saja.

akhir exam aku, disambut dengan demam panas, sakit kepala dan belakang yang sangat T_T sedih rasanya. terkenang2 waktu sehat, boleh melompat2 buat kerja ke sana ke sini, sampai tibanya malam baru duduk manis. tu pun belum kira kalau ti dur malam, di datangi mimpi, wah, letih lagi layan mimpi ^^ ahahaa.

tapi, itulah putaran hidup yang harus di lalui. sakit mengajar kita erti sehat. betapa nikmatnya sehat. lapar mengajar erti kenyang. betapa nikmatnya kenyang.

hmm, semalam aku terdengar satu 'slogan' dari seorang bapa yang datang dari rakyat kurang mampu: kami bekerja bukan untuk kaya tapi untuk bertahan hidup!

oh. 'slogan' itu sangat meruntun hatiku. betapa seorang bapa bekerja keras menghidupi keluarganya, mencari sisa2 duit yang berstatus halal. hmm T_T

oh ya, aku juga dah selesaikan job freelance aku, terjemah dan edit sebuah atlas berbahasa indonesia ke bahasa malaysia. so, jangan lupa nantikan kemunculan atlas tersebut di malaysia tak lama lagi sebab atlas tu memang bagus! dua ibu jari untuk penulis atlas tersebut. atlas tersebut bertajuk: Atlas Agama Islam.
hasil job tersebut banyak sangat ilmu pengetahuan tentang sejarah islam yang aku dapat. doakan aku dapat melanjutkan job seterusnya! ^^

malaysia im back! on 6 julai (monday)

berikut adalah pensanan dari malaysia. kalau ada yang tertinggal atau nak tambah tulung bg tau aku ok sebelum 5 julai (ahad)! (rujuk: solehah2u)
  • Novel Laskar Pelangi -tuan man
  • VCD Laskar Pelangi -tuan man
  • Novel MaYan -kak eL
  • Novel Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2 -encik nizam
  • Kain Pelekat Gajah Duduk -ayong
  • Buku Singa -ansar


HANYA AGAMAMU MEMIKATKU
SO SWEET

duit!

masalah duit bukanlah pengakhir kehidupan. sekarang aku tengah ada masalah duit. bukan tak da duit. tapi duit tersekat. pedihnya rasa hati. tapi, bila aku fikir rasa hati aku yang pedih ni, pedih lagi apabila melihat orang2 susah yang bersepah2 di sekeliling aku.

aku masih makan, walau sekeping roti atau sepinggan nasi setiap hari. semalam aku dalam angkot (public transport kat jakarta) aku lihat budak kecik mengamen (menyanyi untuk minta duit), budaknya kurus, tak pakai slipar, muka pucat, aku rasa dia dah tak larat nak buat kerja tu, tapi sebab nak makan untuk isi perut hari ini, mahu tak mahu dia terpaksa.

apalah yang hendak aku keluhkan. hmmm T_T

semoga aku tabah!

lega :p

alhamdulillah! 2 killer subject exam aku dah lepas. sangat lega ^^ tinggal 1 subject saja lagi esok. pray for me okey.

keburu nafsu..

foto: adik2 hero saya 4 orang!

bacalah tulisan abuya saya yang berjudul The Power Of Brain! saya selalu mengenali abuya saya sebagai sosok yang punya kekuatan mengendalikan mindanya. hebat bukan? dan saya selalu cuba untuk meniru beliau. tapi sering tak jadi. kadang2 saja jadi. oh, sebenarnya bukan tak jadi, tapi saya minda saya selalu kalah dengan nafsu T_T

saya rasa dalam sosok seorang insan ada 3 bahagian: jasad, minda dan nafsu.

  • jika jasad menguasai, kita ibarat haiwan kuli yang kerja seperti tiada istilah penat dalam kamusnya.
  • jika nafsu menguasai, kita ibarat haiwan manja yang sentiasa tunduk patuh pada nafsu.
  • jika minda menguasai, kita adalah manusia yang mampu mengontrol jasad dan nafsu.

benarkah? ini pandangan saya saja. sebab itulah kita berbeza dengan haiwan yang hanya punya nafsu dan jasad tapi tak punya minda.

tapi, manusia tetaplah manusia yang penuh dengan kesalahan sebagai pengimbang kebaikan. kerna jika manusia penuh kebaikan tanpa kesalahan dia tidak akan jadi manusia, tetapi akan jadi malaikat. jika manusia penuh kesalahan tanpa secuil kebaikan, dia akan menjadi syaitan.

terkadang kerna terlalu 'over' nafsu dan jasad menguasai minda. minda tak lagi berfungsi sempurna. tidak dapat mengimbang baik dan buruk.

jadi supaya minda sentiasa, di depan nafsu dan jasad, penuhkanlah minda kita dengan al quran dan sunnah :)


foto: model motor atau model orang?


foto: canda ria



selamanya....

masalah 2

masalah yang terjadi dua kali. masalah kad bank, yang membuatkan aku tak dapat tahan untuk menulis entry ini.

masalah:
atm card bank X aku rosak. cucuk2 masuk mesin, dia reject!

penyelesaian 1:
call bank X center di malaysia sampai habis credit aku.

bank X: selamat tengahari. dengan saya **** (aku tak ingat apa nama dia sebut td-tp dia lady) boleh saya tolong?

aku: okey. saya call dari indonesia. atm card saya asik kena reject dari mesin. saya dah try banyak kali dr semalam tetap tak boleh. sebab apa?

bank X: okey, boleh bagi no card.

aku: okey. *********** (sebut no card)

bank X: terimakasih. saya akan buat pengesahan. (pastu dia tanya banyak soalan untuk pastikan aku pemilik akaun tersebut)

aku: (menjawab dengan sangat jujur)

bank X: terimakasih. akaun cik telah aktif, anda boleh keluarkan duit seperti biasa.

aku: hmmm, sy dah try dari semalam tapi tak boleh, bukan sebab akaun sy belum aktif tapi sy rasa kad saya rosak atau apalah yang sy tak tahu kenapa. (nada biasa, tak marah)

bank X: oh, begitu. mungkin cik boleh cuba di beberapa buah bank.

aku: saya dah cuba 3 bank dari semalam tapi tak boleh. sebelum ni pun dah pernah jadi macam ni. ada cara lain tak untuk saya keluarkan duit sy?

aku lagi: sy ada akaun bankX2u tapi dah lama tak aktif kan. so, tak boleh pakai. boleh tak sy re-aktifkan dari sini.

bank X: cik ingat NO PENDAFTARAN WAKTU MULA2 BUKA AKAUN?

aku: tak ingat. tapi no tu tertera di mana? kut2 saya masih simpan.

bank X: NO PENDAFTARAN WAKTU MULA2 BUKA AKAUN.

aku: ye, sy boleh dapatkan no tu kat mana?

bank X: waktu mula2 buka akaun.

aku: *bengang* tak!

bank X: owh, kalau begitu tak boleh, cik kena balik untuk re-aktifkan.

aku: okey. terimakasih.

bank X: sama2. semoga puas dengan layanan kami.

aku: *grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr*

tak puas hati betol aku.

penyelesaian 2:
aku call lagi dengan harapan orang lain angkat.

bank X: selamat tengahari. dengan saya **** (aku tak ingat jugak apa nama dia sebut td-tp dia man) boleh saya tolong?

*perbualan yang terjadi lebih kurang sama dengan yg di atas* sampai...

aku: sy ada akaun bankX2u tapi dah lama tak aktif kan. so, tak boleh pakai. boleh tak sy re-aktifkan dari sini.

bank X: cik ingat NO PENDAFTARAN WAKTU MULA2 BUKA AKAUN?

aku: tak ingat. tapi no tu tertera di mana? kut2 saya masih simpan.

bank X: no tu dapat sewaktu mula2 bukak akaun. tapi kalau tak ada tak pa, saya tolong aktifkan semula akaun bankX2u cik. (beberapa detik) okey, sekarang cik boleh mula register semula dengan username dan pasword yang baru.

aku: *sangat gembira* so, register macam mula2 dulu? pastu dah boleh bukak balik?

bank X: ya.

aku: okey, terima kasih banyak ya.

bank X: sama2. semoga puas dengan layanan kami.

aku: heheee, puas puas.

now alhamdulillah masalah aku dh settle. semua duit dalam bankX aku dah transfer ke BSN. tapi baru boleh amik hari isnin :') walau pun sedikit sedih tapi banyak gembira. sebab waktu masalah ni terjadi pertama kali, aku sampai kena balik malaysia untuk betulkan card.

p/s: betulkan janji allah dalam surah insyirah! sayang allah :)

kerabat raja!

siapalah manohara? aku sebenarnya tak peduli pun siapa manohara ni tapi sebab dialah hampir semua orang indonesia yang aku jumpa dan tahu aku orang malaysia ingat aku ni kerabat di raja kelantan! hehehee. best jugak kan, ingat senang ke nak di katakan kerabat di raja :)

dulu kat umah aku ni ada tv box (alat untuk tgk tv kat pc) tp sekarang tv box aku dah rosak so, aku memang tak dapat nak follow berita. dan kuranglah kerja jika aku ke cybercafe hanya semata untuk follow cerita si manohara. tapi hari tu kebetulan tertengok si mano ni kat sebuah rancangan tv. dengan wajah yang segar dan ceria dia beraksi.

aku tak tahu cerita dia ini benar atau palsu. cerita yang aku maksudkan adalah, kononnya dia di paksa nikah oleh tengku fakhri (putera sultan kelantan) dan pernah di perkosa dan di siksa secara zahir dan batin. dan macam2 lah lagi ceritanya. aku pun tak hapal. pokok pangkal kebenaran cerita itu hanya allah yang tahu.

aku cakap macam ni bukan sebab aku malaysian dan nak backing tengku fakhri dan kerabat di raja kelantan (oh! maap, saya tak ada kaitan dengan mereka kalau selain kerana mereka juga orang islam) atau aku anti-indonesia (sungguh tidak! aku sayang indonesia sebab ni tempat aku gali ilmu).

bagi aku, hal mereka ni hal dalaman rumah tangga yang tak perlu untuk di gumbar untuk cerita kat orang lain. sangat tidak masuk akal, alasan2 yang dikeluarkan si mano atas tuduhan kpd tengku fakhri. sebabnya, si mano bukanlah orang kelas bawahan! dia merupakan seorang model yang katanya terkenal di indonesia ni. aku yakin dia banyak line yang boleh bantu dia untuk keluar dari jerat si tengku.

dan, kalau dia tak nak kawin, dia boleh tolak, apa hal pulak la dia nak merasa di paksa kawin. bukan ayah atau mak dia yang paksa. haaa, di sinilah terungkap kebusukan. kalau mak si mano ni paksa dia kawin dan dia terpaksa kawin tu logik la kan. kalau mak dia paksa mesti ada sebab. lagipun waktu si mano kawin, katanya umur masih 15 tahun. mano bukanlah golongan hamba yang sedap2 je sapa nak amik, buat jadi isteri.

sekarang, semua peguam tarik diri untuk menghandel kes si mano ni atas alasan, mereka tidak serius!

entah lah. panjang plak aku ulas tentang mereka ni. oklah, entry ni sangat tidak penting ok! aku sekadar nak curhat (curahan hati) saja. sebab sedikit geram. bila aku jawab call kat public transport, then orang dengar aku cakap malaysia, mesti lepas tu mereka akan tanya "orang malaysia ya? kerajaan kelantan ya?"

kakakaah :D

mak saya sayang dia...

nilah orangnya


mana ada saya cemburu bila baca enrty di blog mak yang berjudul pilih kasih. hmm T_T anak yang mak saya sayang tu bernama manja ABOT. adik ke-6 saya. orangnya sangat baik, sebab tu mak saya sayang dia lebih. nama sebenarnya Muhammad Ammar Yassar. ramai juga orang sayang dia. ramai orang senang bergaul dengannya.

saya juga sayang dia. tapi sama saja sayangnya dengan adik-adik saya yang lain. saya paling sayang mak saya sebab saya ada 1 je mak. kedua sayang abuya saya sebab saya ada satu je abuya.

tentang abot.

yang selalu membuat saya terkesan dengan dia sebab dia selalu ingat orang. kalau makan, pasti pelawa. kalau orang ratah makanan dia pun dia tak pernah kedekut. baik kan adik saya? mak kata mukanya tak terlalu hansem. tapi hatinya sangat baik. mungkin pengaruh sebab abuya saya bagi nama dia Ammar Yassar, nama seorang sahabat yang sangat tabah dan sabar, sedangklan ujian yang allah turunkan kepadanya sangat benar.

semoga abot menjadi anak yang soleh, dunia akhirat, menjadi khalifah di bumi allah yang menjalankan amanah allah dengan sempurna.

p/s: abot saya ni suka bergaya depan cermin! ^^

oh, sekarang dia dah pakai kaca mata, dia sebenarnya nak pakai contact lens tp entahlah kenapa tak jadi ^^

mari bertandang..

tamu datang membawa rezki dan keluar membawa dosa. satu ungkapan yang pernah aku dengar tapi aku tak tahu itu hadis atau apa. yang penting ungkapan tu menunjukkan kita harus memuliakan tetamu.

sebagai tuan rumah, memanglah patut untuk menyambut tetamu dengan baik, melayani tetamu dengan sopan dan menggembirakan hati tetamu. aku pernah dengar, orang kata, orang arab sangat memuliakan tetamu.

tapi, selain adab sebagai tuan rumah, satu hal yang penting juga adalah adab sebagai tetamu. janganlah kita sebagai tetamu datang untuk menyusahkan tuan rumah. jika diberi dan dilayani, alhamdulillah. jika kita lihat tuan rumahnya sendiri tak berkecukupan dari segi material atau kesuntukan waktu atau berada dalam waktu2 privaci, janganlah kita memanjang-manjangkan waktu bertamu.

cukuplah menyampaikan sekadar yang perlu.

hal ini cukup penting aku rasa. sebab, jarang tuan rumah yang sangat tega atau sampai hati untuk menghalau tetamu! kadang2 ada juga yang 'menghalau' atau memberi hint secara halus, tapi tetamu tak mengambil sensetif hal ini atau ada juga yang buat2 tak tahu.

secara jujur, aku memang tak begitu suka bertamu ke rumah orang. bukan kerana sombong tapi aku takut kalau2 kedatangan aku tidak tepat waktu atau tuan rumah sedang ada kepentingan di rumahnya tetapi tak sampai hati nak tolak. kalau boleh mahu bertemu, aku lebih suka bertemu di luar. jadi, aku sangat sedikit menginap/tidur/tinggal dalam waktu yang lama di rumah seseorang.

bagi aku, rumah adalah satu tempat yang privasi. kecuali dalam waktu2 seperti kenduri, sambutan aidil fitri atau hari2 besar lainnya. kenapa privasi?

kerana, di rumahlah tempat yang paling selamat untuk membuka aurat. kita tidak tahu kalau kita bertandang ke rumah orang, dia ada saudara yang berlainan jantina dengan kita.

rumah juga adalah tempat untuk beristirehat. ok lah kalau rumah berkenaan ada 5 tingkat. tingkat 1 khusus untuk para tetamu. dan kehadiran tetamu sedikit pun tidak mengganggu penghuni rumah. cuba bayangkan kalau rumahnya hanya satu ruangan tanpa bilik?

rumah juga tempat menyimpan keaiban. seperti: pembersih atau pengotorkah seseorang? berharta atau tidakkah seseorang. tempat menyimpan pakaian2 yang tidak dilihat oleh orang luar seperti underwear. dan lain2 lagi.

jadi, sebelum kita bertamu, fikirlah masak2. penting sangatkah kedatangan kita ke rumah orang? orang tersebut redha atau tidak? menyusahkan orang tersebut atau tidak?

paling tidak, mintalah izin terlebih dahulu. jangan tiba2 muncul sehingga tuan rumah serba salah menyambut kedatangan anda. semoga hal ini bermanfaat ^^

p/s: hehehee, dengan adanya entry ni, jangan merasa takut plak nak minta izin untuk datang bertandang ke rumah aku. entry ini hanya sebagai nasihat (jika layak)

bangga...

hanya mampu tersenyum apabila baca enrty mak yang berjudul damba. tersenyum mengingatkan perihal orang yang mengejar dunia (entah la, aku termasuk atau tidak) semoga saja tidak. berdayakah kita untuk mengejar dunia ini. ingin di gapai langit, tangan tak sampai. ingin di selam lautan, nafas tak cukup. jadi, lebih baik kejar yang sudah pasti dapat di cekup ;)

siapa yang tak mahu hidup senang, goyang kaki, hati happy. tapi, rasanya dunia bukan tempat yang tepat untuk bersenang lenang. paling tidak kesenangan di dunia hanya sementara. habis senang, di uji pula dengan pelbagai ujian. habis itu di kasi lagi kesenangan. dan begitulah seterusnya sampai mata tepejam selamanya.

aku ada kenal seseorang yang sederhana :) tak usah aku perkanalkan orangnya. cukup sifatnya. dia bangga dengan kesederhanaanya! baguskan? bukan senang nak cari orang macam ni, yang banyak kan orang bangga dengan kemewahan atau kekayaannya. kalau orang bangga sebab pegi saloon mahal untuk potong rambut, dia bangga sebab tak pernah pegi saloon atau bahkan tempat gunting rambut mamak untuk potong rambut. cukup potong rambut sendiri.

orang lain bangga pegi butik untuk beli baju. dia bangga hanya beli baju di bundle. hehee ^^ orang lain bangga tiap bulan tukar baju baru, dia bangga pakai baju dari form 1 sampai universiti. pendek cerita, orangnya bangga kerana dia cukup bersederhana dalam urusan keduniaan. semoga allah menetapkan hati si pemilik cerita ni ya.

oh ya. dia ni kawan aku. agak2 dia bangga tak ea berkawan dengan aku?!

ketika hujan turun, aku pun...

novel Ketika Cinta Bertasbih 1

semalam aku gi uruskan permit tinggal adik aku. padahal cuma nak serahkan pasport saja pada bapak yang tolong urus. tapi perjalanannya sungguh menyesakkan dada. itulah indonesia, tempat tak jauh mana pun tapi campur dengan macet (jem) dan cuaca yang mambahang, kena plak dengan pencemaran udara yang dah tahap kronik ni. maka cukup sudah penderitaannya. hehee ^^

waktu pergi, cuaca sangat panas (aduh, neraka bagaimana panasnya T_T) tapi waktu aku nak balik, hujan mencurah2. taqdir menentukan waktu hujan melebat, aku dah sampai kat terminal bus yang berdekatan dengan sebuah mall. jadi, dari aku akan basah dalam bus, baik aku menenangkan keadaan dengan masuk ke dalam mall. lagipun perut pun dah berjoget.

dah makan nasik goreng ngan teh o, aku pun cuci mata lah sementara tunggu hujan reda. tengah jalan, jeng jeng jeng, terlalu plak depan bioskop yang sedang hot dengan filem Ketika Cinta Bertasbih. aku tak niat pon nak tengok sebab aku tau mesti tengah penuh sebab baru kuar, macam filem Ayat Ayat Cinta dulu. tapi sebab ternampak plak org yang tengah beli tiket tak ramai, aku pun gatai la try2 bertanya.

hehee, rezki jangan di tolak. masih ada tempat free. sementara duit masih cukup, tiket cuma 15.000 rupiah saja (RM5) aku pun beli je.

so, aku dah tengok la filem Ketika Cinta Bertasbih. rupanya filemnya bersambung. akan ada Ketika Cinta Bertasbih 2 nanti. ceritanya aku rasa lebih bagus dari Ayat Ayat Cinta. cerita yang menggugah semangat student2 macam aku ni yang belajar bukan di tanah air sendiri. part2 romantis memang ada tapi lebih banyak part2 yang menceritakan semangat Azzam (watak utama). aku sedikit teruja dengan watak Azzam yang tak cuma belajar di Egypt tapi juga mencari duit demi membantu keluarganya di Indonesia.

so, orang2 malaysia di harap bersabar menanti kehadiran filem Ketika Cinta Bertasbih di malaysia pulak okey. tak tahulah bila akan keluar. bacalah novel dia dulu sebelum tgk filemnya kerana novelnya lebih mantap!

novel Ketika Cinta Bertasbih 2

berubah?


itu gambar aku waktu masih kecil. mungkin sekitar umur 10 tahun. masuk pertandingan pakaian beragam ^^ dalam facebook, untuk gambar ni emak aku komen mcm ni "Yang paling bergaya dengan kot tu solehahlah. Sentiasa cari perhatian orang".

hehehee ^^ tu lah mak dah kenal aku, aku belum bukak mulut pun dia dah tahu apa yang aku nak cakap (ni pun ayat mak ni).

waktu aku balik malaysia beberapa bulan yg lepas, abuya ada hadiahkan aku sebuah buku. sebalik buku itu ada sisipan nasihat yang abuya tulis untuk aku. bunyinya lebih kurang "luahkan apa yang anda fikirkan, jangan mengharap orang akan dapat membaca fikiran anda".

oh! dari kedua komen tersebut, baru aku tahu rupanya aku jarang mengatakan tentang perasaanku, tetapi aku lebih suka memperlihatkannya dengan perbuatan sehingga memancing perhatian orang. aku lebih rela, diam dan menyimpan sakit di hati sendiri dari bicara dan merasa lega T_T sedihnya bersikap seperti ini.

dan aku tahu itu! oh.

tapi sebanarnya bukan aku tidak mengungkapkannya langsung. tentang perasaan yang penting aku kadang cuba menyampaikan secara halus atau cuba menyampaikannya sekali atau mungkin dua kali. tapi untuk mengungkapkannya berkali2 itu mungkin tidak.

aku selalu beranggapan, bila telah ditolak atau tidak disetujui sekali atau dua kali, cukuplah. HANYA TAQDIR ALLAH DAN KEKUTAN DOA YANG AKAN MERUBAHNYA.

FOTO: ekspresikan perasaan!!